“Orang Miskin Pun Ada Maruah” – Aaron Aziz Tegur Tak Perlu Buat ‘Content’ Ketika Bantu Orang Susah

Hiburan

“Orang Miskin Pun Ada Maruah” – Aaron Aziz Tegur Tak Perlu Buat ‘Content’ Ketika Bantu Orang Susah

Aktor popular, Aaron Aziz meraih perhatian selepas dia menegur mana-mana individu tentang adab ketika memberi pertolongan atau bersedekah.

Menerusi hantaran di TikTok, aktor tersebut berkongsi tentang situasi yang dilihatnya sendiri ketika menunaikan umrah baru-baru ini.

Advertisement

Cerita Aaron, dia nampak ramai individu yang melakukan Sabeel (memberi makan di jalanan) namun pada masa yang sama mereka turut merakamkan dan tayang wajah penerima infaq.

Tegur pelakon berusia 49 tahun itu, amalan bersedekah lebih bermakna sekiranya dilakukan dengan hati yang ikhlas dan tanpa menunjuk-nunjuk kepada umum.

Kalau nak Sabeel, biar Allah SWT je yang tahu.

Pada masa sama, Aaron juga sempat berpesan agar sesiapa yang berniat mahu menghulurkan bantuan untuk tidak merakam wajah penerima demi menjaga maruah mereka.

Senang cakap kalau nak tolong orang, tak payah nak rekod rekod lah. Orang miskin, orang susah pun ada maruah.

@therealaaronazizMasa Di Umrah ramai yg buat Sabeel tapi tunjuk muka orang orang yg ambik makanan. Kalau nak Sabeel biar ALLAH je yg tahu.♬ original sound – aaron aziz

Teguran Aaron secara umum itu meraih perhatian warganet di mana segelintir berpendapat pelakon tersebut seperti menyindir seorang pempengaruh terkenal yang gemar membuat content ketika menghulurkan bantuan termasuklah di Indonesia.

Bagaimanapun, sesetengah individu pula berpendapat dengan menonton content sedemikian membuatkan orang ramai turut berasa mahu mengikut jejak langkah itu.

Kadang kadang kita lupa nak sedekah, yelah sibuk. Konten bersedekahlah yang mengingatkan.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

2025-09-21 12:24:30

"Hipokrit! Dah Viral Tiba-Tiba Jadi Aktivis" - Aaron Aziz Minta Jangan 'Judge' Orang Yang Tak Bersuara Isu G***

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...