Baru-baru ini, timbul persoalan daripada netizen mengenai mengapa kelibat pelakon, Kamal Adli tidak kelihatan di dalam video percutian pelakon, Uqasha Senrose bersama keluarganya.
Ada juga netizen yang mendakwa pasangan pelakon ini seakan-akan kurang memuat naik video atau foto mereka bersama di media sosial.
Enggan isu tersebut terus menjadi buah mulut netizen, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menegaskan bahawa dia tidak mahu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan jika soalan sama masih diajukan.
Menurut Xtra, dia berkata, netizen tidak akan pernah berhenti bercakap mengenai isu tersebut.
Bukan dah tanya ke soalan ni? People not gonna stop talking, jadi saya tak akan komen mengenai isu sama.
Sebelum ini, Uqasha sudah pernah menafikan dakwaan tersebut kerana dia berpendapat setiap pasangan suami isteri pasti akan melalui fasa pasang surut ketika berumah tangga.
Semua ada ups and downs, takkan semua benda nak share buruk baik dekat Instagram? Selagi tak sampai tahap ke mahkamah, jadi ia adalah perkara biasa.
Bagi saya dalam rumah tangga semua ada naik dan turun. Takkan nak kongsikan semua benda di media sosial?