“Orang Macam Kami, Tiada Kerja Tiada Gaji..” Keluhan Diperkenan Oleh Agong, Fauziah Nawi Bersyukur Suara Anak Seni Didengari

Hiburan

“Orang Macam Kami, Tiada Kerja Tiada Gaji..” Keluhan Diperkenan Oleh Agong, Fauziah Nawi Bersyukur Suara Anak Seni Didengari

Pelakon veteran, Fauziah Nawi meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk berkongsi masalah serta keperitan sebenar yang dihadapi anak seni kepada pegawai-pegawai Istana Negara pada hari Rabu yang lalu.

Fauziah NawiSumber : Facebook Fauziah Nawi  

Perkara itu dihebahkan pelakon senior itu menerusi satu hantaran di laman Facebooknya di mana dia telah menjunjung kasih atas keprihatinan serta kepekaan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam mendengar keluhan penggiat seni yang benar-benar terkesan akibat COVID-19 ini.

Advertisement

Menurut Fauziah, dia dan beberapa rakan artis telah diperkenan untuk bertemu pegawai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Rabu lalu setelah mendapat persetujuan daripada Baginda.

Fauziah NawiSumber : Facebook Fauziah Nawi  

Menerusi penulisan hantaran di media sosialnya, Fauziah menjelaskan bahawa terdapat beberapa pandangan dan cadangan telah dibentangkan supaya anak-anak seni tanpa mengira cabang seni dapat memperoleh manfaat dan meneruskan kelangsungan hidup.

Alhamdulillah. Moga ada sinar buat semua anak seni dalam setiap cabang seni.

Posted by Fauziah Nawi on Wednesday, 10 February 2021

“Patik-patik semua juga telah memberi pandangan dan cadangan supaya anak-anak seni, tanpa mengira cabang seni yang kami ceburi. Khususnya supaya diberi kelonggaran dengan ketetapan SOP untuk bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup kami dan keluarga-keluarga kami. Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tak ada kerja, tak ada gaji. Sejak penularan wabak COVID-10 dan perlaksanaan PKP, anak-anak seni tidak terkecuali dari tekanan ekonomi.”

Mengakhiri penulisan, Fauziah Nawi telah menzahirkan penghargaan kepada pihak berwajib dan semua persatuan seni kerana berganding bahu dalam menangani masalah yang dihadapi.

Fauziah NawiSumber : Facebook Fauziah Nawi  

Dia dalam pada itu turut mendoakan kesejahteraan YDPA dan Permaisuri Agong agar dikurniakan kesejahteraan berpanjangan dan mendapat perlindungan Allah SWT serta dapat memerintah negara dengan adil dan saksama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...