Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Orang Luar Boleh Nilai Sendiri” – Maafkan Siapa Sebar Fitnah, Ebit Lew Serah Kes Kepada Pihak Polis

ustaz ebit lew

Selepas tersebar berita seorang pendakwah terkenal akan dipanggil untuk memberikan keterangan mengenai kes gangguan seksual kelmarin, figura berkenaan disahkan sebagai Ustaz Ebit Lew hari ini.

Advertisement

Menurut laporan, lelaki itu dipanggil dek penyebaran video gangguan seksual melibatkan dirinya yang tular di media sosial baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Ustaz Ebit reda dengan ujian itu dan menjelaskan bahawa semuanya adalah ketentuan Allah. Malah dia tidak akan berhenti menabur bakti buat masyarakat selepas ini.

 Saya maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi (fitnah gangguan seksual). Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri.

ustaz ebit lew

Menurut peguam pendakwah itu, mereka memberikan kerjasama sepenuhnya ketika proses rakaman keterangan yang berlangsung lebih satu jam.

Polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan namun pihak polis belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini. Setakat ini, polis memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkongsi bahawa Ustaz Ebit telah pun membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual ini.

Tambahnya lagi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Advertisement

Pihak polis juga berpesan agar semua pihak tidak melakukan sebarang spekulasi mahupun provokasi bagi memastikan siasatan ini berjalan dengan lancar.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top