Sudah tujuh tahun mendirikan masjid bersama, boleh dikatakan pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy jarang sekali menjadi tumpuan ramai atas sebab isu rumah tangga.
Melalui sesi temubual bersama pihak Kosmo, Akim memberitahu dirinya sangat bahagia sepanjang menjadi suami kepada Stacy dan dedahkan dia lebih suka menghabiskan masa di rumah.
Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad berkata sering bertolak ansur dalam perkahwinan juga adalah sebab utama hubungan mereka kekal ke hari ini.
View this post on Instagram
Tambahannya lagi, perkahwinan bersama Stacy atau nama sebenar, Ummu Shaikhah Stacy Anam merupakan satu keputusan terbaik yang pernah dilakukan dalam hidup.
Dalam hubungan, saya macam api dan Stacy adalah air. Saya selalu duduk di rumah tapi tak selalu pegang anak kecil (Isa). Kerja cuci berak, bagi susu anak semua kebanyakan dilakukan oleh Stacy.
Bahkan penyanyi tersebut turut sempat berkata bahawa bohong lelaki yang sudah berkahwin tidak pernah memuji wanita lain biarpun hanya berkata dalam hati.
Sekadar info, pasangan Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2016 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Bella, Eshaal dan Isa.