Hanya kerana berpakaian biasa dan berselipar jepun, pempengaruh Prince Syed mendakwa telah menerima layanan buruk ketika membeli belah di sebuah ‘mall’.
Syed, yang enggan mendedahkan nama kedai tersebut, melalui hantaran di TikTok menyatakan rasa terkilan dengan situasi yang berlaku.
Syed menjelaskan bahawa mentaliti segelintir pihak yang menganggap individu yang berpakaian kemas dan memakai barangan jenama mewah layak dilayan dengan baik tidak sepatutnya dinormalisasikan.
Jangan ingat saya pakai selipar RM15, baju RM10, awak fikir saya tiada duit. Saya nak beli baju tadi, nampak saya macam nak mencuri. Kalau awak tengok video ini, fikirkanlah. Elok saya nak shopping, terus tak jadi. Begini ke pandangan manusia zaman sekarang?
Betul lah orang cakap, kalau tiada duit, orang lain pandang kita hina. Kalau pakai biasa-biasa, orang ludah. Saya memang terkilan.
Berkongsi lanjut, Syed memberitahu bahawa dia keluar dengan berpakaian biasa kerana ingin menikmati masa santai tanpa dikawal ketat oleh pengawal peribadi.
Takkanlah 24 jam saya nak kena bersiap dari atas sampai bawah. Dompet saya sahaja dua bulan gaji awak. Saya pakai baju biasa sebab nak santai sahaja. Bila pakai biasa, kena pandai jaga diri. Saya pakai mask, pengurus tak ikut, bodyguard pun tak ikut.
Ada hari yang saya perlukan privasi dan ada hari yang saya nak santai sahaja. Tapi bila pakai simple pergi shopping, orang layan saya macam gelandangan tidur tepi stesen bas.
Memang jadi kewajipan ke nak beli apa-apa barang mesti pakai elok barulah akan dilayan?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.