“Orang Lain Mungkin Tak Nampak Tapi…” – Dikritik Tak Jaga Hati Watie Asyik ‘Post’ Pasal Siti Sarah, Ini Kata Shuib

Hiburan

“Orang Lain Mungkin Tak Nampak Tapi…” – Dikritik Tak Jaga Hati Watie Asyik ‘Post’ Pasal Siti Sarah, Ini Kata Shuib

Pelawak dan penyampai radio Shuib menangkis dakwaan dan kritikan orang ramai yang berpendapat dia tidak menjaga hati isterinya, Watie kerana sering berkongsi kerinduan terhadap Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Kata usahawan itu, dia bertuah kerana dijodohkan dengan Watie sebagai teman hidup kerana wanita berkenaan sangat memahami situasi malah memberi green light untuk berkongsi tentang isteri pertamanya.

Advertisement

Pada awal perhubungan saya ada bertanyakan kepadanya tetapi dia pula cakap, kenapa perlu tanya? Kongsi sahaja sebab dia pun tak kisah.

MV Tinggalkan Diriku

Inilah antara sebab saya pilih Watie. Orang lain mungkin tak nampak, tapi saya dah lihat perkara ini sejak awal lagi dan saya sifatkan Watie ditakdirkan untuk saya

Tambah Shuib kesedihan yang dirasainya akibat kehilangan insan tersayang kini telah diganti dengan kehadiran wanita yang serba memahami.

watie hanifiah

Malah, seperti yang kita ketahui Watie pernah beberapa kali menemani bapa kepada empat anak itu untuk menziarahi kubur arwah Siti Sarah.

Susah cari wanita seperti dia. Watie pernah cakap, dia hadir dalam hidup saya untuk hilangkan kesedihan.

watie hanifiah
1 year ago

"Dia Orang Semua Manja.." - Watie Hanifiah Reda Jika Tiada Rezeki Anak Sendiri, Anak Tiri Dah Cukup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...