“Orang Lain Buka Kedai Makan, Kau Pun Nak Buka”, Kafe Elfira Loy Dikritik Pelanggan

Hiburan

“Orang Lain Buka Kedai Makan, Kau Pun Nak Buka”, Kafe Elfira Loy Dikritik Pelanggan

Antara bidang perniagaan yang diceburi oleh Elfira Loy ialah makanan dan minuman dan ramai tahu bahawa dia telah membuka sebuah kafe bernama Love Me Seven Days di Alam Damai, Cheras pada tahun 2015.

Advertisement

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini menceritakan pengalaman kurang enak sewaktu dia membuat tempahan dan berbuka puasa di sana. Bengang dengan pengalaman tersebut, dia menulis di Twitter:

Love Me Seven Days ke Hate Me Seven Days?

Pengajaran untuk saya untuk tidak makan di LMSD lagi. Saya buat tempahan pada 6 Mei untuk 10 orang dewasa dan 3 kanak-kanak untuk buka puasa. Saya siap bayar deposit untuk tempah.

Saya dapat rasa ada yang tak kena memandangkan mereka tidak jawab teks saya setelah saya buat bayaran, jadi saya datang ke kafe itu jam 5.30 petang hari ini. Apa yang mengejutkan, mereka boleh terlepas pandang tempahan saya dan cuba tipu saya kononnya saya hubungi nombor telefon yang salah.

Mujurlah saya simpan semua perbualan dengan mereka dan bukti bayaran deposit. Masa tu baru mereka akui kesilapan. Bukan itu saja, sejak 6 Mei saya dah tanya tentang menu supaya saya boleh buat pesanan lebih awal tetapi sia-sia, tiada siapa jawab permintaan saya.

Saya buat pesanan pada 6.00 petang hari ini dan diberitahu pesanan saya akan sampai selepas maghrib. Saya tanya lama ke nak siap, mereka kata tak lebih dari 7.45 petang tapi sebenarnya pesanan saya lewat sampai 8.30 malam. Bukan itu saja yang teruk.

Tiap kali mereka hidangkan makanan, mereka tak tahu pun benarkah kami pesan  makanan tu dan minta kami sahkan. Sangat menjengkelkan dan mengecewakan. Menu awak tak disekalikan dengan gambar, mana kami nak tahu macam mana rupanya?

Tambahan lagi, mereka sekali pun  tak minta maaf. Orang lain buka kedai makan, kau pun nak buka. Tapi nak urus tak reti langsung. Memalukan saja LOVE ME SEVEN DAYS. Awak juga, Elfira Loy. Saya tahu awak cari nama awak (di Twitter).

Menurut Netizen, terdapat pelbagai review negatif kafe itu di Google Reviews:

Ada pengguna Twitter itu menambah:


Ada yang mendakwa kafe Love Me Seven Days sebenarnya sudah bertukar pengurusan tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan.

Ramai selebriti menceburi bidang perniagaan makanan dan minuman dengan membuka kafe namun biasanya tidak bertahan lama. Kita tunggu sama ada Elfira akan memberi respons berkenaan aduan ini. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

52 Comments

  1. minah senget

    May 27, 2019 at 7:41 am

    dah la pekerja pun x mesra pelangan,sombong plak tu. dah buat salah ngan pelangan x dak rasa nak minta maaf pun,padan la ngan TUAN dia pun,kekwat..hebat sangat ka nama kerja ngan ARTIS ni.klau x dak pelngan,x maju kemana aihh bisness hang.

  2. Anonymous

    May 26, 2019 at 12:19 pm

    Dia siang ikan pn x reti..pe jadahnye dia buka kedai makan.. modal suami payong la tu.. dasar gold digger…

  3. Maafkupinta

    May 26, 2019 at 10:41 am

    Dia bukan jual nasi campur,datang pilih2 lauk.
    Tengok IG LMSDC.
    Kelebihan Kate dia bersihkan dan cantik.
    Ada orang lebih suka makan di tempat yang bersih dan cantik daripada makan di tempat Kotor
    walaupun makanan murah dan sedap.

  4. Anonymous

    May 26, 2019 at 12:52 am

    Series of bad reviews and horrible experience but still people go there. Why so silly? Don’t complain coz you can expect what you’ll be getting. To aqeelah with #takhadap, you went to the cafe a few time despite the terrible service. I believe you do hadap. Duh!

    • takdenama

      May 28, 2019 at 12:59 pm

      indeed. dah tahu review tak bagus kenapa pergi juga?

  5. Anonymous

    May 25, 2019 at 3:04 pm

    Cafe ni dah lama wujud sebelum dia dengan baby pian lagi. Start dari tahu tu ada lah cuba pergi try. Makanan hampeh taksedap harga mahal. I dont mind paying more asalkan sedap.

    Not to forget the loys memang kekwat habis. Tapi apa nak heran the loys dari sekolah lagi memang kekwat.

    Ikhlas, yang sekolah dekat smk bandar tun hussein onn.

    • Yoko Donno

      May 25, 2019 at 5:43 pm

      Oooa …bukan dia pi international school ke ??? Smk aje rupenye

    • Anonymous

      May 27, 2019 at 8:10 am

      celah mana international school. smk btho jee tu pun dah berlagak. lepira takpe lah jugak nak berlagak pasal dia retis dari sekolah. adik adik dia yang non hado tu berlagak apasal taktahu laa

    • Lovebug

      May 26, 2019 at 8:00 pm

      HIDUP BTHO!!! Hahaha

Loading...