Written by serenity | May 24th, 2019

Antara bidang perniagaan yang diceburi oleh Elfira Loy ialah makanan dan minuman dan ramai tahu bahawa dia telah membuka sebuah kafe bernama Love Me Seven Days di Alam Damai, Cheras pada tahun 2015.

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini menceritakan pengalaman kurang enak sewaktu dia membuat tempahan dan berbuka puasa di sana. Bengang dengan pengalaman tersebut, dia menulis di Twitter:

Love Me Seven Days ke Hate Me Seven Days?

Pengajaran untuk saya untuk tidak makan di LMSD lagi. Saya buat tempahan pada 6 Mei untuk 10 orang dewasa dan 3 kanak-kanak untuk buka puasa. Saya siap bayar deposit untuk tempah.

Saya dapat rasa ada yang tak kena memandangkan mereka tidak jawab teks saya setelah saya buat bayaran, jadi saya datang ke kafe itu jam 5.30 petang hari ini. Apa yang mengejutkan, mereka boleh terlepas pandang tempahan saya dan cuba tipu saya kononnya saya hubungi nombor telefon yang salah.

Mujurlah saya simpan semua perbualan dengan mereka dan bukti bayaran deposit. Masa tu baru mereka akui kesilapan. Bukan itu saja, sejak 6 Mei saya dah tanya tentang menu supaya saya boleh buat pesanan lebih awal tetapi sia-sia, tiada siapa jawab permintaan saya.

Saya buat pesanan pada 6.00 petang hari ini dan diberitahu pesanan saya akan sampai selepas maghrib. Saya tanya lama ke nak siap, mereka kata tak lebih dari 7.45 petang tapi sebenarnya pesanan saya lewat sampai 8.30 malam. Bukan itu saja yang teruk.

Tiap kali mereka hidangkan makanan, mereka tak tahu pun benarkah kami pesan  makanan tu dan minta kami sahkan. Sangat menjengkelkan dan mengecewakan. Menu awak tak disekalikan dengan gambar, mana kami nak tahu macam mana rupanya?

Tambahan lagi, mereka sekali pun  tak minta maaf. Orang lain buka kedai makan, kau pun nak buka. Tapi nak urus tak reti langsung. Memalukan saja LOVE ME SEVEN DAYS. Awak juga, Elfira Loy. Saya tahu awak cari nama awak (di Twitter).

Menurut Netizen, terdapat pelbagai review negatif kafe itu di Google Reviews:

Ada pengguna Twitter itu menambah:


Ada yang mendakwa kafe Love Me Seven Days sebenarnya sudah bertukar pengurusan tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan.

Ramai selebriti menceburi bidang perniagaan makanan dan minuman dengan membuka kafe namun biasanya tidak bertahan lama. Kita tunggu sama ada Elfira akan memberi respons berkenaan aduan ini. – beautifulnara.com

52 responses to “Orang Lain Buka Kedai Makan, Kau Pun Nak Buka”, Kafe Elfira Loy Dikritik Pelanggan

  1. mekanikKL says:

    Maafkan saya. saya akan berbincang dgn staff yang terlibat. Kata elfira loi setelah selesai menyiang ikan bersama cik sominye

  2. meetomato says:

    sebijik mcm nora danish ni, buat biznes f&b tapi ke laut juga akhirnya…..org begini bknnya pandai duit simpanan sendiri, mesti pakai duit suami, thats why urus cafe pun tak reti & tak professional.

  3. ENGLISHNA says:

    WHY MUST BE THIS STATED ON TWITTER?

    WHY DID YOU NOT CONFRONT THE WAITERS/WAITRESSES THERE?

    LOUSY.

    YOU SHOULD LEARN TO BE STRAIGHTFORWARD!

    • Anonymous says:

      Its on twitter so that Elfira can learn that the world doesnt move around her sweet, lovey dovey, extravagant, excess stuffs only. There are always bad side of everyone. Elfira is no exception. That cafe is the proof.

    • lalola says:

      ala sukahati dialah.
      anak loy tu laki siang ikan bagitau kat ig boleh pulak.

    • kaka says:

      kalau tak gitu tak viral la…orang sekarang kan suka viral2 ni…kalau tak suka terus nak jatuhkan…burukkan dan malukan…buat begini umpama tabur pasir dalam periuk nasi orang..ishh…minta jauhkan perangai macam ni.

      • Rahsia Kot Hakak says:

        klau dh mmg x sedap..mmglh kena viral, nnti sia2 buat tempahan, tak berbaloi dgn servis n rasa mknn x mmuaskan. jgn tunjuk cover sgt, ini bkn aib .ni kenyataan..tak de mkne nya nak jatuhkn si elfira awk tu…

      • Anonymous says:

        Betul tu. Dengki, ada aja yg tak betul dimata mereka.

    • Anonymous says:

      Did you even read & understand the statement?

    • Anony says:

      Naper baca rasa mcn English elfira je ni?! Mcm elfira yg tulis sbb English dia ke laut juga

    • Ken says:

      Well ..you do sound stupid tooo …!!!!

    • Love Food says:

      Bila confront staff bukan ambil peduli pun…masuk telinga kanan keluar telinga kiri…kalau staff lagi jenis yang bodoh sombong nah sana lah…kena lagi owner retis gitu…ini fakta so mereka kena terima lah…

    • Aku sebatang kara says:

      MINTA MAAF PUN TAK NAK KENA HEGEH KE CONFRONT? DAH BAYAR DEPOSIT DAH TUNGGU MORE THAN AN HOUR TAKKAN KULI2 TU TAK FAHAM FAHAM LAGI?KE KULI2 FEFEELING DORANG TU EL?ATTITUDE PEKERJA KALAH RETIS YANG BUKAK RESTAURANT TU!

    • miss_Oppssssssssss says:

      ko ada baca x cerita keseluruhan sbnrnya ni? or just main komen in english dgn capslock …. Kalau kat kafe pun dorang dolak dalik, wasap pun wat xlayan, mmg twitter la jawabnya……. dah cara halus ko wat bodo, next kita try cara kasar plak ……
      sbb retis2 ni biasa akan bg respon hanya after silap dorg kena viral….

  4. Anonymous says:

    siang ikan kembong pun reti..apath lagi ayam…

  5. Anonymous says:

    jgn makan duit org haram, apatah lagi anda sdg hamil..haram sbb org x puas hati..

  6. Anonymous says:

    jgn terpesona dgn warung yg cantik…padahal..
    jgn terpengaruh dgn bengkel yg nmpk servis bagus..padahal..
    jgn pdg sebelah mata itu peminta sedekah…
    jgn pdg hina org yg berbasikal…atau kereta dah 15 tahun ke 20 tahun masih pakai…

  7. Anonymous says:

    Yg dia mention loys kekwat tuu… yg tu betul terutama adik pmpuan dia esliza (ye ke ni nm dia?)tu… perasan hot? Celah mana hotness nye tu pun aku xtau… rasa nk pijak je muka tak semenggah tu

    • hida says:

      kat mana ko tengok dia kekwat tu…pernah jumpa ke?

      btw, aku tak pernah lagi pegi cafe ni, deco nampak menarik tapi kalau food taste kelaut takperlahh..

  8. wawa says:

    siang ikan pun si el ni suruh laki yang buatkan, mcm mana boleh bukak kedai makan ni???

  9. huhu says:

    rugi mentua bagi hantaran kawen mahal2..ghupe nya siang ikan pun ta tau…huhu..

    • Intan says:

      Berdosa ker klau suami Siang ikan?…bg Aku xde slhnya Kali suami siang ikan… ok apa, bru nmpk suami Tu mmg bagus…laki Aku Pon X pnh marah Aku X reti Siang ikan….skrg ikan semua tukang jual yg siang…..apa yg dok iri sgt nk kondem2 org…manusia2…hmmmm

      • Anonymous says:

        Laki Elfira yg siang ikan untuk bagi dia makan, bukan laki kau. Apa masalahnya, yang kau sakit hati sangat ni

      • ikan selar says:

        oii makcik kat pasar mana ada tukang jual siangkan ikan selar makcik oii.. ni pun spesis elfilang koi lah ni

  10. Elpira says:

    Ni case mintak laki bukak cafe lah ni..
    Padahal diri sendiri dah sememangnya bodoh x pandai manage..

  11. cik halia says:

    dia sendiri siang ikan pun tak reti..what do u expect? sebab tu la org cakap,org pompuan ni walau secantik mana pun,sekaya & setinggi mana pun pendidikan,kerja dapur mesti ambik tahu…baru la cukup pakej,tak la harapkan muka je

    • Ros says:

      dah tentu2 ko uneducated duduk kat cruk kampung and anak ramai pastu laki x pedulike kan. hahahaha.

    • Saliza says:

      Nama pun Halia…what do u expect? ko jelos sampai mati pun tak standing El. Huntong El ade page cmni, kena maki, kena kutuk…berdesup desap pahala masuk. Alhamdulillah.

  12. naros says:

    elfira patut mintak nasihat daripada neng yatimah sbb mak neng dulu zaman 50an ada restoran nama The Neng Restaurant..

  13. Yakyot says:

    Semoga Elfira terus maju jaya.Amin.
    Baiki segala kelemahan, insya-Allah.

  14. Hmm... says:

    Datin eina azman sangat cantik dan pandai masak sedap2 utk suami..patutnya yg pandai msk bolehla buat bisnes mkn2..ni….???

  15. takdenama says:

    kadang-kadang aku kesian dekat elfira. sejak putus tunang dengan sufian tu ada-ada saja cerita nak menjatuhkan dia. tak reti siang ikan pun jadi bahan kencaman. kenapa ya netizen benci sangat dengan dia?

    aku tak lah minat dia. cuma perasan je semenjak putus tunang tu bertalu-talu je orang kencam.

    tentang hal ni, yang salah pekerja dia kot, memang bisnes dia, siapa yang uruskan, supervisor kedai makan tu siapa, pergi bersemuka dengan dia, atau dm je elfira tu untuk mengadu ketidak puasan hati kita.

    sekali lagi nak bagitau, i bukan peminat dia ye, just my 2cent.

    • Anonymous says:

      Dia tak nak ambil tahu hal2 perniagaan dia buat apa dm dia
      Hari2 mesti pantau perniagaan sendiri
      Takkan layan lubang saja dopantau

    • RM says:

      Actually .sy pon rase benda sama.. tp i ade cuba follow ig dye.. sy tgok dlu dye ok je,x menunjuk, x berlagak..tp sekarang sy dpt rase x kena sifat Loy’s family ni.. asal benda mahal menunjuk,asal nak masak menunjuk, asal dpt job menunjuk,asal tgn luka kena minyak masak menunjuk,merajuk sampai suami pujuk bawa pergi manicure sbb tgn terkena minyak panas,bg sy hal tu hal kecik,tp dye boleh merajuk.. then now, x pandai siang ikan,dpt suami boleh tolong siang ikan menunjuk,dah la hari tu viral dye kena saman mahkamah ,kes tu boleh buat dye bankruptcy.. shopping sephora america rm10,000 menunjuk. bercinta dgn pian naik helicopter menunjuk.. i dpt rase, masalah tu berpunca dr diri dye sendiri ..bkn netizen..dan punca rezeki dye hanya jd, model,ambassador jenama,paid review dkt IG.. source of income dye mmg dr IG..tp sbb kekerapan upload benda2 bodoh,kebodohan dye terserlah..kes ni xde kaitan dgn pian.. i cuma kesian dgn suami dye..x malu ke dpt isteri mcm tu.. makin lama kebodohan terserlah,sepatutnya bende buruk disorokkan, benda baik ditunjukkan.. tp ni xde filter semua benda nak upload bgtaw org ramai

      • takdenama says:

        i tak tahu sebab tak follow dia. cuma kesian asyik dikencam. well kalau dah semua tunjuk, nak2 artis memang mendapat lah.. tak semua orang suka kan?

  16. Anonymous says:

    Cafe ni dah lama wujud sebelum dia dengan baby pian lagi. Start dari tahu tu ada lah cuba pergi try. Makanan hampeh taksedap harga mahal. I dont mind paying more asalkan sedap.

    Not to forget the loys memang kekwat habis. Tapi apa nak heran the loys dari sekolah lagi memang kekwat.

    Ikhlas, yang sekolah dekat smk bandar tun hussein onn.

  17. Anonymous says:

    Series of bad reviews and horrible experience but still people go there. Why so silly? Don’t complain coz you can expect what you’ll be getting. To aqeelah with #takhadap, you went to the cafe a few time despite the terrible service. I believe you do hadap. Duh!

  18. Maafkupinta says:

    Dia bukan jual nasi campur,datang pilih2 lauk.
    Tengok IG LMSDC.
    Kelebihan Kate dia bersihkan dan cantik.
    Ada orang lebih suka makan di tempat yang bersih dan cantik daripada makan di tempat Kotor
    walaupun makanan murah dan sedap.

  19. Anonymous says:

    Dia siang ikan pn x reti..pe jadahnye dia buka kedai makan.. modal suami payong la tu.. dasar gold digger…

  20. minah senget says:

    dah la pekerja pun x mesra pelangan,sombong plak tu. dah buat salah ngan pelangan x dak rasa nak minta maaf pun,padan la ngan TUAN dia pun,kekwat..hebat sangat ka nama kerja ngan ARTIS ni.klau x dak pelngan,x maju kemana aihh bisness hang.

  21. bong cit says:

    ala kafe pun ala hipster tp kosong xda customer bek ko tutup je la layan laki kat umah lagi bagus..laki ATM…hjg bulan masyuk…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini