Orang Ketiga Bukan Punca Keretakan Rumah Tangga Zamarul Hisham & Diana Rafar

Hiburan

Orang Ketiga Bukan Punca Keretakan Rumah Tangga Zamarul Hisham & Diana Rafar

Susulan penceraian yang telah difailkan oleh Diana Rafar hari ini, ramai yang tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan rumah tangga pelakon ini dengan Zamarul Hisham bergolak. Ada desas-desus yang menyatakan kehadiran orang ketiga bernama ‘Oja’ yang menjadi punca keretakan perkahwinan mereka. Untuk makluman, Oja adalah seorang penyanyi lelaki yang popular pada eram 90-an. Namun begitu, Zamarul Hisham pada minggu lalu telah menafikan kehadiran Oja sebagai punca hubungan mereka bergoyang.

diana rafar bercerai

Advertisement

Kata Zamarul menerusi Harian Metro:-

Saya memang tahu mereka rapat dan kerap bekerja bersama. Tapi Oja saya sudah anggap macam adik sendiri, takkanlah dia nak buat benda tak elok di belakang saya. Rasanya isu ini tak betul sama sekali.

Saya memang tahu Diana dan Oja memang berkawan baik sejak dulu lagi. Iyalah sebab Oja pun sudah lama dalam bidang ini dan mereka berdua banyak buat projek bersama.

Malah saya pun ada terbabit dan dimaklumkan setiap kerja yang mereka lakukan bersama. Pendek kata, apa juga gerak-geri atau aktiviti, mereka beritahu saya dulu.

Kadang-kadang mungkin orang nampak dari jauh mereka selalu berdua tapi tak selidik dulu dan mereka terus buat sangkaan bukan-bukan.

Orang yang nak menyampaikan cerita ini tak tahulah di mana fikiran mereka. Apa masalahnya nak melaga-lagakan kami? Ini isu bahaya,takut esok timbul benda lain pula.

zamarulDiharap dengan penerangan Zamarul Hisham ini tiada lagi spekulasi kewujudan orang ketiga menyebabkan keretakan rumah tangga mereka. Biarlah punca sebenar menjadi rahsia buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...