Baru-baru ini, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsikan satu video memaparkan penat lelahnya seawal 4 pagi demi mencari rezeki buat keluarga.
Ini rupanya sebab orang kaya makin kaya..
Dalam video tersebut, Aliff membalas komen seorang individu yang menyatakan orang kaya semakin kaya kerana mereka rajin bekerja dan tidak pernah mempunyai sifat pemalas.
Susulan itu, usahawan terbabit meluahkan rasa terima kasih dan mengakui, sebagai ketua kampung, dirinya perlu mencari sumber pendapatan bagi menyara hidup keluarga.
Saya start berniaga seawal jam 4 pagi, kau rasa? Banyak tanggungjawab dan komitmen perlu dibayar. Terima kasih kepada semua yang sentiasa sokong saya.
Dapat dilihat dalam video itu, Aliff memaparkan gelagatnya ketika berniaga sambil membuat live di sekitar kawasan rumahnya.
Aliff Syukri dipuji netizen, bapa yang bertanggungjawab
Hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai, di mana rata-ratanya memuji sikap bertanggungjawab yang dipaparkan oleh bapa untuk enam orang cahaya mata itu.