Orang Kaya Kelantan Balik Kampung Naik Helikopter!

Kehidupan

Orang Kaya Kelantan Balik Kampung Naik Helikopter!

Orang kaya di Kelantan boleh mengubah angin untuk pulang ke kampung halaman pada hari raya ini dengan menaiki helicopter yang disediakan dengan harga yang agak berbaloi daripada menempuh kesesakan jalan raya sebelum sampai di kampung tercinta.

Ini kerana orang yang berkemampuan mampu membeli tiket dengan menyewa helikopter daipada terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas nanti.

Advertisement

Menurut Sinar Harian, mereka kini berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan helikopter yang disediakan bagi perkhidmatan, ‘Balik Raya Elak Jem’ di musim perayaan Aidilfitri ini.

Bagi golongan kaya yang ingin menggunakan perkhidmatan ini, lebih 20 buah helikopter disediakan untuk musim perayaan Aidilfitri kali ini.

Perkhidmatan ini kali pertama disediakan oleh syarikat pengurusan, Hazmi Dimasyq.

Advertisement

Menurut pemilik syarikat, Hazmi Hanipa, 31, sejak 3 tahun lalu, syarikatnya menyediakan perkhidmatan heli dan jet peribadi yang kebiasaannya menjadi pilihan ahli perniagaan.

Ini merupakan tahun pertama untuk perkhidmatan sempena hari raya. Setakat ini, kita mendapat 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Penerbangan pertama bermula pada 3 Jun ini dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.

Kita menyediakan lebih 20 buah helikopter untuk musim raya ini manakala penerbangan hari biasa melibatkan enam buah sahaja.

Beliau yang berasal dari Gua Musang, Kelantan tidak menyangka perkhidamatan ini mendapat perkhidmatan tinggi terutamanya di kalangan ahli perniagaan.

Untuk Kelantan sahaja, kita ada empat penerbangan setakat ini. Kita menyediakan dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang.

Untuk penerbangan enam penumpang, harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.

Alhamdulillah, melihat kepada permintaan, kita akan meneruskan perkhidmatan ini untuk musim-musim perayaan seterusnya.’

Advertisement

Maklumlah 1 juta kenderaan akan masuk ke Kelantan sempena cuti persekolahan dan sambutan Aidilfitri ini. Agak-agak berapa lama para perantau pulang ke kampung halaman tahun ini ya?

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...