“Orang Kata Saya Sengaja Nak Simpati..” – 3 Tahun Berlalu, Fad Bocey Masih Terasa Kehilangan Abam Bocey

Hiburan

“Orang Kata Saya Sengaja Nak Simpati..” – 3 Tahun Berlalu, Fad Bocey Masih Terasa Kehilangan Abam Bocey

Pelawak Fad Bochey mengakui bahawa dia sebenarnya masih lagi terkesan dengan pemergian rakan seperjuangan, Allahyarham Abam Bocey.

Kata Fad, perkenalan serta susah senang bersama bersama arwah Abam selama 8 tahun bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan.

Advertisement

Orang akan cakap ‘ah kau menangsi la’ tapi saya kongsi apa yang saya lalui bersama arwah. Saya kongsi lapan ke sembilan tahun perjalanan kami dari bukan sesiapa la.

Apa yang saya kongsi di TikTok, itulah yang saya rasa. Masa di MLM, orang kata saya sengaja nak simpati, menangis atas pentas. Tapi orang tak faham.

Tambahnya lagi, orang hanya menilai tempoh 3 minit mereka di atas pentas tapi mereka tidak nampak keadaan di luar pentas selama tempoh mereka bersama.

boceySumber : Google  

Kami sampai tahap susah dalam keluarga pun kami kongsi. Saya tahu masalah Abam, Achey dan begitu juga mereka.

Fad sempat memberitahu bahawa tempoh tiga tahun pemergian Abam Bocey ke negeri abadi seolah-olah baru sahaja berlaku dan merasakan bahawa Allahyarham masih ada di sisi.

Untuk rekod, Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak akibat demam panas pada 9 Februari 2020.

Sebelum ini, muncul kata-kata kurang enak daripada segelintir netizen yang mempersoalkan ke mana perginya rakan-rakan baik Allahyarham kerana membiarkan balu Abam, Hidayah terkontang-kanting menyelesaikan isu harta pusaka bersama pelawak Ali Puteh.

2 years ago

"Konon Hangpa La Kawan Terbaik, Tapi Apa Hangpa Buat Untuk Bela Waris Arwah Abam?" - Netizen Persoal Sahabat Biar Ali 'Kacau' Hidayah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...