Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Orang Kata Macam-Macam Dia Tetap Senyum..” Isteri Sayu Lihat Pelawak Atu Di Pentas Cari Rezeki Untuk Keluarga

Atu dan isteri

Isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari meluahkan rasa sayu apabila melihatkan suaminya bersusah payah di atas pentas demi mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga.

Shafeeqa dilihat telah meluahkan rasa berkenaan menerusi sebuah hantaran di Instagramnya untuk perkongsian bersama peminat.

Ujar Shafeeqa lagi, Atu sentiasa tersenyum meskipun sering menerima komen negatif daripada sesetengah orang yang lantang memberikan kritikan ketika dia berada di atas pentas atau memperlekehkan kerjaya orang lain.

Advertisement

“Sayu hati bila tengok dia bekerja..sebab kita tengok dia mencari idea, luahan hati hanya isteri sahaja yang tahu. Ibarat kita tengah tengok suami bancuh simen buat kerja kontrak tepi jalan..sayu..dia menang ke tak saya tetap menangis..”

Tambahnya lagi, personaliti Atu ketika berada di rumah adalah berlainan daripada apa yang ditonjolkannya di pentas. Sangat matang dan sentiasa memikirkan perihal rumah tangga dan anak-anak, Atu juga menurut Shafeeqa seorang yang tenang apabila menerima kritikan.

“Dia pak lawak di pentas, orang kritik macam-macam dia tetap tenang. Kadang-kadang dia gelak tengok netizen komen…” ujar Shafeeqa lagi.

Perkembangan terkini, Atu kini sedang giat membuat persediaan untuk pentas akhir profram lawak Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 bersama kumpulan U.N.I yang turut dianggotai oleh Fad Bocey dan Fakhrul UNIC.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top