“Orang Kata Ini Kifarah..” – Fitria Elfina Nafi Pernah Jadi Orang Ketiga Dalam Hubungan Safee Sali Dan Bekas Isteri Pertama

Kehidupan

“Orang Kata Ini Kifarah..” – Fitria Elfina Nafi Pernah Jadi Orang Ketiga Dalam Hubungan Safee Sali Dan Bekas Isteri Pertama

Baru-baru ini kes perceraian bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan isterinya Fitria Elfina sering menjadi perhatian orang ramai. Namun begitu, di tengah-tengah keretakan keluarga ini, ada yang berpendapat hal tersebut merupakan kifarah kepada Fitria.

Kifarah menjadi orang ketiga

Menurut segelintir pihak, mereka berkata perpisahan Fitria bersama Safee adalah kifarah memandangkan dia juga pernah menjadi orang ketiga dalam hubungan Safee dan bekas isteri pertamanya, Sabarina Yusof. Mereka pernah berkahwin pada 2007 sebelum bercerai pada 2012.

Advertisement

Ada orang cakap ini kifarah untuk saya. Tak apa lah, orang yang tahu saja macam mana.

 

Yang cakap saya ambil Safee daripada bekas isterinya, orang Sarawak.

 

Saya memang tak ada langsung dalam hubungan Safee dan bekas isterinya yang lama. Waktu saya berkenalan, Safee pun dah ada masalah (rumah tangga).

Sikap suami berubah

Pada masa yang sama, Fitria turut mendedahkan sikap suaminya yang mula berubah setelah bernikah dengan isterinya keduanya pada Januari lalu di Siam.

Sejak dia kahwin dengan perempuan tu, dia mahu keluar dengan saya dan anak-anak pun takut-takut.

 

11 tahun saya berkahwin dengan dia mustahil tak ada rasa nak pujuk saya, tapi tak ada.

 

Dia halau saya sudah banyak kali, “kalau you nak pergi, pergilah.”

safee sali

Sekadar info, Fitria telah diceraikan dengan talak dua oleh Safee pada Februari lalu dan lafaz tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah pada hari Selasa.

1 month ago

"Bagi Saya Yang Halal Tiada Salah.." - Safee Sali Mengakui Sudah Bernikah, Berhasrat Ingin Mula Hidup Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...