Terkini, penyanyi sensasi, Nabila Razali sekali lagi menarik perhatian netizen apabila memuat naik hantaran di laman Instagram dengan kapsyen yang mencetuskan tanda tanya.
Dalam hantaran penyanyi berumur 30 tahun ini, Nabila seolah-oleh ingin memberi hint kepada peminat tentang hari pernikahannya yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi.
The countdown is on.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Nabila pernah dikatakan telah melangsungkan pertunangan bersama serorang usahawan dalam majlis yang hanya didatangi oleh segelintir orang. Namun, penyanyi lagu Peluang Kedua ini cepat menafikan spekulasi tersebut.
Apabila melihat ke ruangan komen hantaran itu. ramai rakan artis yang mengucapkan taniah dan ada juga yang tidak mahu tertipu dengan gimik Nabila.
Orang kata dah tunang tak mengaku. Nanti hujung minggu kahwin lah tu.
Oleh sebab kejadian sebelum ini yang sering menampakkan Nabila yang sengaja memberi hint tertentu hanya sebagai gimik lagu barunya, ramai yang tidak mahu tertipu lagi.
Namun, jika betul tidak lama lagi penyanyi ini akan menamatkan zaman bujangnya, ramai mendoakan semoga urusan majlis dipermudahkan. Agak-agak, siapakah yang bakal menjadi jejaka pilihan Nabila?
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.