Orang Kampung I Kutuk Mak Abah, “Anak Pandai Kahwinkan Dengan Pemandu Lori”

Trending

Orang Kampung I Kutuk Mak Abah, “Anak Pandai Kahwinkan Dengan Pemandu Lori”

Salah ke jika seorang perempuan yang berpendidikan tinggi tidak meminta wang hantaran tinggi dari suami? Selalunya kita akan dengar permintaan wang hantaran sehingga RM30,000 dan membebankan pihak lelaki.

Tetapi berbeza pula dengan wanita ini, beliau telah dikecam oleh orang ramai kerana mengahwini pemandu lori dengan taraf pendidikan setakat SPM sahaja, sedangkan beliau mempunyai Master.

Wanita ini berkerja sebagai seorang cikgu. Menerusi laman Twitter, beliau telah berkongsikan bahawa hantaran perkahwinannya bawah RM 10,000.

Advertisement

“Orang kampung I kutuk mak abah, ‘anak pandai, kahwinkan dengan pemandu lori’. Makcik… tak hina pun pemandu lori, kita ni hamba yang belum tentu mulia di sisi Tuhan.”

Namun, pilihan hatinya itu telah menjadi buah mulut dan pertikaian oleh orang kampung hanya disebabkan pekerjaan suaminya sebagai pemandu lori.

Dipetik dari MStar, wanita ini memberitahu bahawa suaminya yang berkerja sebagai pemandu lori memperoleh gaji bulanan kira-kira sekali ganda daripada pendapatan yang diterimanya.

Jangan pandang rendah hanya kerana pemandu lori. Kami sekeluarga menerima dia seadanya kerana sikapnya yang bertanggungjawab, penyabar dan suka membantu.

Bagi saya wang hantaran tak perlu letak nilai ikut taraf pendidikan. Lagipun yang wajib hanya mas kahwin, Kami berkahwin pun secara sederhana.

Yang penting adalah bakal suami kita tu jadi ketua keluarga yang bertanggungjawab dan membimbing kita sebagai isteri.

Rata-rata warga Twitter tampil memberikan pandangan dan kata-kata positif kepada wanita ini. Ramai yang memuji sifatnya yang masih merendah diri walaupun berpelajaran tinggi.

Gaji pemandu lori masyuk

Gaji cecah 6 ribu sebulan!

Gaji pemndu lori cecah RM6000 sebulan

 

Manusia semua sama je disisi Allah!

Manusia semua sama disisi Allah

Mudah-mudahan bahagia akhir hanyat!

semoga berbahagia hingga akhir hayat

Pemandu lori sepatutnya dipandang tinggi

Jangan pandang rendah dengan pembawa lori

Jangan kita pandang rendah terhadap pekerjaan orang lain kerena mereka semua mencari rezeki Halal untuk meneruskan kehidupan.

Sumber: Twitter, MStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...