“Orang Islam Yang Tengok The 1975 Bercumbu Dinasihatkan Mohon Keampunan Daripada Allah” – Mufti

Hiburan

“Orang Islam Yang Tengok The 1975 Bercumbu Dinasihatkan Mohon Keampunan Daripada Allah” – Mufti

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihatkan umat Islam yang melihat persembahan band British, The 1975 di Good Vibes Festival 2023 untuk memohon keampunan daripada Allah.

Memetik laporan NST, Wan Salim berkata penonton yang hadir ke konsert pada Jumaat lalu itu perlu bertaubat walaupun tidak melakukan dosa.

Advertisement

Jelasnya lagi, walaupun penonton tidak menyangka untuk melihat perbuatan maksiat tersebut, mereka tetap perlu memohon ampun kepada Allah.

Mufti

Sumber: NST

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Islam tidak menentang hiburan termasuk konsert, drama, filem dan seumpamanya.

Yang dilarang ialah hiburan dan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan minda dan tingkah laku penonton atau peminat.

Oleh itu, Wan Salim menasihati umat Islam yang hadir ke konsert itu supaya memohon keampunan kepada Allah, walaupun perbuatan maksiat itu dilakukan tanpa diduga di hadapan mereka.

The 1975

Terdahulu, penyanyi utama The 1975, Matty Healy mengkritik undang-undang anti-LGBT Malaysia sebelum mencium rakan kumpulan lelaki di atas pentas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

matty healy
10 months ago

"Makan Daging Mentah, Raba Alat Sulit Atas Pentas" - Ini Perkara Jijik Yang Pernah Vokalis The 1975 Lakukan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...