Orang Gaji RM 2500 Beli Sampai 6 Buah Rumah? Jangan Pandang Yang Indah-Indah Sahaja

Trending

Orang Gaji RM 2500 Beli Sampai 6 Buah Rumah? Jangan Pandang Yang Indah-Indah Sahaja

Korang jangan pandang yang indah saja tentang orang gaji 2500 kumpul 6 biji rumah. Nak percaya pon, jangan bulat bulat. Pengalaman saya sendiri, kumpul rumah.

Advertisement

Infact terlbat dengan bina rumah dan jual, Jumpa orang macam macam ragam. Ada seorang tu, asyik kena kejar dengan bank satiap bulan. Kejar untuk payment. Susah nak tidur malam.

Dan dia ada syarikat sendiri. Masalahnya, selalu bayar gaji staffs dia lambat kerana nak selesaikan hartanah dia. Memang lah rumah ada penyewa.

Tapi, jangan anggap ada penyewa selama lamanya. Bulan ni pindah, ingat bulan depan terus ada penyewa? Tu belum masuk kes penyewa sekejap bayar, sekejap bayar separuh dulu, sekejap bayar tertunggak, sekejap pura pura lupa nak bayar.

Dan kena ada duit tambahan, untuk maintanance.

Baiki paip bocor, nak cat baru, wiring problem, dinding berlubang. Korang ingat deposit 2 bulan tu boleh cover? Cat undercoat untuk seluruh rumah 20 x 70 pon main ribu.

Tak tahu lah dia orang semua tu buat sendiri. Atau bawak member sesama mereka gotong royong berjemaah.
Legal fee, korang pon kena standby juga. Korang kena tahu berapa kosnya.

Kerana nak settle itu ini, ada seorang ni, sanggup berlapar, makan catu. Pantang dapat makan free. Ada satu kes, taksub jangan beli kereta. Dari bujang, kahwin, ada anak, pakai motor.

Kalau cerita kat fb, mesti dipuji. Hakikat, kesian kat isteri. Hujan panas, pergi kerja. Kesian. Nak kata tak berharta, rumah sewa berderet.

Kes yang taksub catatan belanja keluar masuk pon ada jugak. Setiap masa, ada je ledger debit kredit.
Cukup berkira kira. Masalahnya, kalau tak nyusahkan orang tak pe.

Nak pergi mana mana, nak tumpangkan member. Takut terlebih budget. Ni cerita orang kaya. Bukan tak ada duit. Hingga member naik menyampah.

Kisah ini ok sikit, tak menyusahkan orang. Tapi member member tengok kesian. Waktu nak pergi kerja, balik kerja. Sanggup berpeluh peluh, berjalan berkilometer.

Nak jimat bayar train atau uber.

Waktu makan tengah hari, buat keluar bekal. Bila petang sikit, member opis buat keluar junk food or biscuit. Dia lahap macam nak makan dengan plastic dan tuppeware sekali.

Memang lah duit banyak, rumah sewa banyak.

Kisah ni pulak, kisah orang dah berumur.

Cerita pasal tanah, rumah, memang dia menang. Pernah wife dia mengadu, selama kawen, nak bawak pi melancung dalam negeri pon bising. Masa cuti sekolah, bawa anak anak pergi mandi kolam kat tempat awam.

Banyak lagi, kisah saya boleh kongsi. Tapi yang satu ni tak boleh blah. Katanya menuntut dengan sifu dia. Pengumpul Hartanah.

Masa kawan ajak keluar makan, dia sengaja tak bawa wallet. Mula mula orang ingat, memang jenis pelupa.
Tapi lama lama, kantoilah. Masalahnya, wallet je lupa. Makan, minum, tak lupa pulak.

Korang rasa ok ke hidup sebegini? Masing masing lah kan. Kalau saya, tak hinginnnnn. Siksakan diri, bodohkan diri. Bila mati nanti, orang lain berpesta bergembira.

Lainla dah siap hibahkan siap siap harta untuk kebajikan dan bawa ke alam akhirat. Yang penting, jangan taksub yang indah cerita orang lain.

Kalau berhujah secara logik, korang dihina tak berilmu. Hakikatnya, kisah perit, mereka letak bawah karpet. Jangan terpengaruh. Janji kita rasa seronok dengan kehidupan kita.

Tolong share ye..

Kesian budak budak baru nak naik yang tersilap langkah, hidup penuh hutang, pagi petang siang malam memikirkan hutang. Teringatkan hutang.

KreditShaari Anuar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...