Abang Nara percaya ramai yang tertanya-tanya kenapa Emma Maembong ada menemani Zizan Razak di Maharaja Lawak Mega 2014 sedangkan menurut pelakon itu mereka berdua sudah tidak lagi bercinta ketika itu. Kehadirannya ketika itu membayangkan yang hubungannya dengan Zizan telah kembali pulih dan percintaan kembali mekar. Susulan perbuatan itu juga, Emma Maembong dicop berperangai kebudak-budakan dan tidak matang kerana sekejap sangat putusnya. Orang kata macam cinta budak sekolah.
 Malah tindakan Emma Maembong yang sering memuatnaik lagu-lagu sedih dan lirik-lirik membayangkan keretakan perhubungannya dengan Zizan juga menjadi kritikan orang ramai. Namun menurut Emma, bukan mudah dirinya untuk memutuskan hubungan selepas 2 tahun bercinta dengan Zizan. Terang Emma:-
Secara jujurnya, saya dengan Zizan memang sudah tidak ada apa-apa lagi hubungan. Tapi itu tak bererti saya terus memutuskan persahabatan dengannya. Dunia hiburan ini kecil, balik-balik akan jumpa orang yang sama.
Sebab itu saya masih dilihat menemani atau bersamanya dalam acara hiburan. Tapi itu tak bererti saya dengan dia sudah berbaik semula.
Benar memang orang suka dan doakan kami akan hidup bersama. Saya pun suka dengan situasi itu. Sudah dua tahun kami bercinta.
Tapi takkanlah saya sewenang-wenangnya nak minta putus daripadanya. Mesti ada sebab. Tapi cukuplah saya pendam semuanya. Biarpun begitu orang masih beranggapan saya meninggalkannya masa dia (Zizan) susah dan cuba mengaibkannya
 Apakah sebab itu? Ada ura-ura yang menyatakan perbuatan Zizan membeli sebuah kereta Ferrari menjadi punca keretakan perhubungan mereka. Namun itu telah dinafikan oleh Emma Maembong. Baru-baru ini pula timbul gosip kemesraan Zizan dengan seorang pegawai stesen Astro. Biarlah hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Terang Emma lagi:-
Sejujurnya apabila kami putus, ramai yang nampak seperti saya jahat dan tak kurang menganggap saya berkelakuan seperti budak-budak. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Saya tak mampu memuaskan hati orang di luar sana.
Biasalah orang di luar sana juga pantas menghukum dan menuding jari. Tak semestinya yang berdiam selama ini atau sebaliknya betul.
Begitu juga sebaliknya. Orang di luar sana tak tahu apa yang terjadi antara kami. Hanya kami yang tahu segala-galanya.
Sampai pada satu tahap saya muat naik lagu jiwang atau rentan pun orang cakap saya bersifat kebudak-budakan. Mungkin lepas ini saya akan muat naik lagu raya sebelum waktunya pula untuk menunjukkan saya gembira
Benarlah kata orang kalau tak ada jodoh, bercinta bagai nak rak pun tak akan berkahwin jua. Mungkin ini yang terbaik buat Emma Maembong dan Zizan Razak. Kedua-duanya terutama Emma masih muda. Masih jauh lagi perjalanan hidup. Abang Nara pasti ada insan yang lebih baik untuk anda berdua kelak. Buat para peminat, doakanlah yang terbaik untuk Emma dan Zizan. Semoga kegagalan percintaan ini tidak menghalang kerjaya mereka. Sumber Berita Harian.