Keadaan lautan di Asia Tenggara tidak begitu baik kebelakangan ini. Bermula dengan Tsunami yang melanda Indonesia dan menyebabkan ratusan nyawa terbunuh sebelum perayaan Krismas, sehinggalah ribut tropika Pabuk yang bakal melanda kawasan pantai Thailand.
Sebagai langkah keselamatan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) juga telah memberi amaran kepada orang ramai dan komuniti maritim supaya menghindari kawasan pantai di perairan Pantai Timur Semenanjung.
Namun begitu, masih ada yang memandang enteng amaran ini. Satu keluarga dikatakan mandi manda di Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang baru-baru ini. Gambar mereka dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter:
Sikap mereka dianggap pentingkan diri sendiri dan menyusahkan anggota keselamatan sekiranya perkara tidak diingini berlaku.
“Lima mati kerana degil mandi di luar bendera merah di Johor”

“Pandai berenang pun, tak boleh selamat kalau ombak datang bertubi-tubi”
“Kenapa abaikan amaran?”
“Ibu bapa tak sayang anak.”
Tahan je mereka, habis cerita
Seharusnya amaran pihak berkuasa tidak dipandang enteng, apatah lagi sudah terdapat kes kematian akibat mandi di pantai Pantai Timur sebelum ini.
Kita sering memikirkan tidak ada perkara buruk akan terjadi pada kita. Dan apabila ia berlaku, hendak menyesal pun tidak berguna lagi.
Patuh pada arahan pihak berkuasa demi keselamatan diri dan orang tersayang. – amazingnara.com