Orang Boleh Mengata Dan Mengutuk, Yang Penting Poket Saya Tebal – Dato’ Aliff Syukri

Hiburan

Orang Boleh Mengata Dan Mengutuk, Yang Penting Poket Saya Tebal – Dato’ Aliff Syukri

Kemunculan Dato’ Aliff Syukri sering menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi dengan tagline yang semua orang boleh ingat iaitu “ terlajak laris”. Selain itu, gaya beliau berpakaian dan berbicara juga turut mengundang pelbagai reaksi.

Advertisement

Lumrah hidup, ada yang suka ada yang tidak suka dengan cara seseorang dan hampir setiap hari juga pasti akan ada pihak yang mengutuk dan menghina Aliff.

Namun,buat jutawan kosmetik ini, beliau sama sekali tidak kisah dikutuk asalkan poketnya tebal kerana strategi pemasaran beliau bagi produk keluarannya menjadi.

Pada awal kemunculan saya dipanggil gila kerana memakai baju kilat-kilat tetapi saya tidak punyai sebarang masalah.

Orang boleh mengata dan mengutuk, yang penting poket saya tebal. Ini perancangan pemasaran, saya tidak boleh tutup mulut orang kerana yang penting orang tahu mengenai saya dan perkembangan saya. Saya tidak perlu kisah apa orang cakap tapi perlu kisah macam mana pendapatan saya.

Tambah Aliff lagi, beliau hanya ingin mencari rezeki yang halal dan menyumbang pendapatannya itu kepada agama dan negara. Malah, beliau tidak pernah gagal untuk membayar zakat ataupun cukai.

Bukan mudah untuk Dato’ Aliff Syukri sampai ke tahap sekarang. Sebagai seorang usahawan beliau harus cekal untuk melariskan produk beliau meskipun menghadapi pelbagai risiko seperti penghinaan masyarakat dan sebagainya. Semangat ini yang patut ada dalam diri kita untuk terus maju kehadapan. Betul kan kata  beliau, orang lain yang hina itu tidak dapat apa-apa bukan?

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...