Tular di media sosial sejak kebelakangan ini mengenai satu ‘dessert’ yang dikenali sebagai cromboloni di mana ia adalah manisan gabungan croissant dan bomboloni.
Dek kerana kehangatan manisan itu yang dicari ramai, ramai pengusaha roti dan manisan mula mengambil peluang untuk menjual cromboloni bagi mencari keuntungan.
Namun, seorang wanita meluahkan rasa kecewa gara-gara cromboloni yang ditempahnya, indah khabar dari rupa.
Kekecewaan wanita itu diluahkan di Facebook dan menuai pelbagai daripada netizen.
Orang lain nak berniaga, awak pun nak berniaga. Pala bana betul. Hangin saya.
Orang beli pakai duit. Hampa bezakan sendiri iklan dia dengan yang dia COD dekat saya.
Wanita itu turut memuat naik tangkap layar perbualannya bersama peniaga berkenaan dan dia memberikan alasan bahawa foto yang diiklan itu hanyalah sebagai rujukan semata-mata.
Netizen kemudian mengkritik tindakan peniaga berkenaan yang didakwa hanya sekadar tangkap muat dan tidak jujur dalam berniaga.
Sudah macam roti canai kena pintal. Apa orang nak niaga, kau nak jual. Tak reti jangan buat.
Buat iklan ambil gambar orang begitulah jadinya, Lepas tu cari resipi dekat TikTok buat jual.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.