“Orang Berkemban Ni Haa!” – Zarina Anjoulie Geram Pelanggan Restoran Ibu Selamba Masuk Rumah

Hiburan

“Orang Berkemban Ni Haa!” – Zarina Anjoulie Geram Pelanggan Restoran Ibu Selamba Masuk Rumah

Pelakon dan juga personaliti media sosial, Zarina Anjoulie meluahkan rasa berang dengan sikap sesetengah pelanggan restoran ibunya yang berani masuk ke dalam rumahnya tanpa kebenaran.

Meskipun sudah dinasihati agar tidak berbuat demikian, Zarina yang lebih mesra disapa sebagai Anju itu mengatakan mereka seolah-olah tidak makan saman.

Advertisement
Zarina AnjoulieSumber : Instagram Zarina Anjoulie  

Anju berkongsi perkara demikian menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat namun memadamnya tidak lama kemudian.

Aku tak faham manusia ni dah makan kat kedai mak aku pastu nak jalan-jalan masuk sampai rumah aku.

Orang berkemban ni ha kat rumah, kau bawa anak-beranak kau. Believe it or not, ada yang sampai masuk rumah duduk buat macam rumah sendiri.

Luah Anju, dia menasihati sekumpulan individu terbabit sebanyak empat kali namun mereka enggan beredar dan tidak diendahkan.

Sehubungan dengan itu, Anju berharap pelanggan restoran ibunya agar menghormati ruang privasi orang lain dan lebih beradab selepas ini.

Sekadar info, ibu Anju iaitu Norzaini Abdul Hamid adalah seorang cef terkenal dan turut memiliki sebuah restoran iaitu Aunty Aini’s Garden Cafe di Nilai, Negeri Sembilan.

Restoran itu juga sebelum ini pernah dikunjungi cef antarabangsa seperti mendiang Anthony Bourdain dan Martin Yan.

Zarina Anjoulie
3 years ago

"Saya Tak Kisah Bertudung Labuh, Memang Teringin Bawa Watak Ustazah" - Zarina Anjoulie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...