“Orang Baik Sebab Tu Saya Setuju” – ‘Save The Date’ 22 Ogos, Ini Serba Sedikit Biodata FD Izham Bakal Menantu Tunku Ampuan Pahang

Kehidupan

“Orang Baik Sebab Tu Saya Setuju” – ‘Save The Date’ 22 Ogos, Ini Serba Sedikit Biodata FD Izham Bakal Menantu Tunku Ampuan Pahang

Desas desus mengenai pernikahan anakanda kepada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai FD Izham semenangnya sudah diketahui warga maya.

Manakan tidak, Tunku Azizah yang dikenali sebagai seorang mesra rakyat ada berkongsikan foto dan tarikh penting pernikahan bakal pengantin diraja itu.

Advertisement

FD IZham

Tarikh

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila Tunku Azizah ada membalas komen netizen mengenai pendapatnya mengenai FD Izham yang merupakan anak sulung kepada Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan isteri, Datin Seri Hafizah Zakaria.

Tulis Tengku Ampuan Pahang, FD Izham adalah orang yang baik sebab itu beliau bersetuju untuk menikahkan Tengku Afzan bersama lelaki itu.

Malah, Tunku Azizah ada memaklumkan bahawa istiadat akad nikah, istiadat berniai dan istiadat bersanding bakal dilangsungkan pada 22,23 dan 25 Ogos kelak.

FD Izham merupakan seorang usahawan muda dan pemain ragbi untuk kelab Saracens F.C yang berpengkalan di London, England.

Difahamkan, lelaki itu kini sedang menamatkan pengajian di luar negara dan gemar bekerja amal untuk kanak-kanak yang memerlukan serta bantuan bencana.

FD Izham adalah anak sulung daripada 6 orang adik beradik  dan merupakan anak kepada Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad.

Lelaki itu sebelum pernah menjalin hubungan cinta bersama adik selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan sebelum putus di tengah jalan.

FD Idzham LMK

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ernie Zakri
3 weeks ago

Wajah Anak Disamakan Dengan Binatang, Ernie Zakri Kurangkan Perkongsian Mengenai Khawla - "Mereka Ni Macam Tak Ada Akal"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...