Malam tadi, tular gambar serta video di media sosial menunjukkan satu mayat telah ditemui selepas air banjir surut. Menurut Berita Harian, mayat yang ditemui di jalan utama ke sebuah pangsapuri di Seksyen 22, Shah Alam itu dipercayai lemas.
Difahamkan, kawasan di mana mayat tersebut dijumpai merupakan antara yang terjejas selepas dinaiki air sejak petang Sabtu akibat banjir kilat di beberapa daerah di Selangor.
TERKINI | Satu mayat ditemui di Seksyen 22, Shah Alam, selepas paras air menurun.
Maklumat lanjut menyusul.
Video: @AmanSha33679804 pic.twitter.com/kadRAqvTkJ
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 19, 2021
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mayat lelaki tempatan itu berusia dalam lingkungan 30-an dan ditemui oleh orang awam kira-kira jam 7.50 malam.
Mangsa adalah penghuni salah sebuah pangsapuri berdekatan kawasan berkenaan.”
Katanya lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Selain itu, kami sediakan artikel berkenaan tragedi banjir kilat di Selangor yang trending untuk anda baca di bawah.
Baca: Dengar Suara Orang Minta Tolong, Dipercayai Ramai Mangsa Banjir Terperangkap Di Taman Seri Muda