Ops Cegah Wabak Rabies : 30 Tahun Jual Dan Hidang Daging Anjing, Restoran Ini Diserbu Penguatkuasa.

Trending

Ops Cegah Wabak Rabies : 30 Tahun Jual Dan Hidang Daging Anjing, Restoran Ini Diserbu Penguatkuasa.

Pihak Polis Sibu semalam telah menyerbu sebuah gerai makanan selepas didapati menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual daging anjing di Lorong Rambutan.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata dalam kenyataannya, lelaki berumur 54 tahun itu juga pemilik premis terbabit ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan berkenaan di mana dua ketul daging anjing telah dirampas.

Gerai makanan itu dipercayai menghidangkan menu berkenaan sejak 30 tahun lalu dan hanya dikethaui selepas sebuan dilakukan hasil kerjasama PDRM, Jabatan Veteriner Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Suspek mengaku terlibat dalam kegiatan tersebut dan akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 kanun keseksaan.

Serbuan itu dilakukan sebagai langkah pencegahan penularan wabak rabies yang menular di negeri ini di mana terdapat kes baru rabies telah dicatatkan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan semalam telah mengesahkan satu lagi kes baru rabies dari Kampung Ampungan, Serian selepas melalui ujian makmal dan menjadikan empat kes dicatatkan di negeri ini.

Dua kanak-kanak meninggal dunia kerana penyakit itu manakala seorang lagi dilaporkan masih kritikal dan tenat di Hospital Umum Sarawak.

Sumber :  Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...