All out betul OPPO mempromosikan model terbaharu mereka, siri OPPO Reno15. Kali ini, ia bukan sekadar pamer telefon di tengah mall je tau!
Bermula 13 sehingga 18 Januari 2026, OPPO secara rasmi ‘menghidupkan’ IOI City Mall dengan Aurora Rave Roadshow yang terasa lebih macam festival mini daripada acara pelancaran biasa.
Sepanjang enam hari, kawasan roadshow dimeriahkan dengan muzik, aktiviti interaktif, giveaway dan freebies. Dari mula-mula nak tengok terus tersinggah dan join sekali!
Weekend Lagi Happening Dengan Persembahan Live. Ada Iman Troye, FUGO & Ramai Lagi!
Cadang nak ke IOI City Mall hujung minggu ni? Jangan lepaskan peluang untuk berhibur di petas Aurora Rave pada 17 Januari bermula 3:30 petang yang akan menampilkan Iman Troye, Empty Page, FUGO, Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Pada 18 Januari pula, bermula dari jam 3 petang, vibe akan bertukar ke K-Pop Dance Party lengkap dengan Matcha Giveaway untuk pengunjung terawal.
6,000 Belon & 6,000 Peluang Untuk Menang

Ini bahagian paling ditunggu. OPPO akan melepaskan 6,000 belon berisi hadiah sepanjang roadshow ini berlangsung tau. Take note waktu ni!
16 Januari – 7:30 malam
17 Januari – 4:30 petang
18 Januari – 4:30 petang
Perhatikan betul-betul belon yang dilepaskan sebab belon merah jambu boleh beri diskaun sehingga 50% untuk Reno15 Series.
Belon putih pula anda mungkin akan dapat kopi percuma atau potongan RM100 untuk produk OPPO IoT. Confirm riuh!
Siri OPPO Reno15 Buka Ruang Berkreativiti Untuk Pengguna Telefon Pintar!
Di sebalik semua hype, Siri OPPO Reno15 memang layak jadi tumpuan sebabnay kamera selfie ultra-wide 0.6x memudahkan gambar berkumpulan tanpa perlu berebut ruang.
AI Motion Photo Popout pula membolehkan visual bergerak dihasilkan terus dalam telefon, lengkap dengan template terbina. Untuk peminat potret, lensa telefoto 3.5x menghasilkan latar belakang blur yang nampak kemas dan premium.
Berminat? Ini Harga Rasmi Siri OPPO Reno15 Di Malaysia

Reno15 Pro 5G – RM2,999
Reno15 5G – RM2,399 / RM1,999
Reno15 F 5G – RM1,599 / RM1,499
Beli Terus Di Event Nikmati Bonus Berganda
Kalau anda memang berminat dengan keluaran terbaru ini, jangan lepaskan peluang untuk buat pembelian di roadshow yang hadir dengan 6 bulan ansuran 0% melalui SPayLater, waranti tambahan 1 tahun dan hadiah eksklusif di lokasi termasuk add-on OPPO Watch S, Enco Buds3 Pro percuma serta koleksi edisi terhad.
Jom Meriahkan Roadshow OPPO Siri Reno15
Tak tau nak buat apa weekend ni? Apa kata anda sertai kemeriahkan Aurora Rave Roadshow di IOI City Mall, Putrajaya. Mana tau anda yang bertuah bawa balik hadiah menarik.
Jumpa di sana. Maklumat lanjut ikuti OPPO di Instagram.


