OPPO Reno15 Uji Kamera Sampai Naik Kuda, HyFly & Dinner in the Sky. Gambar & Video Tetap On Point Cantik!

Branded

OPPO Reno15 Uji Kamera Sampai Naik Kuda, HyFly & Dinner in the Sky. Gambar & Video Tetap On Point Cantik!

Kalau bercakap tentang pelancaran telefon pintar, kebiasaannya ia dibuat dalam dewan tertutup dengan suasana formal dan penuh penerangan teknikal. Namun pelancaran siri OPPO Reno15 kali ini memilih pendekatan yang jauh berbeza.

Tanpa dewan, tanpa suasana terlalu serius, OPPO membawa tetamu ke sesi berkuda, menjadikan aktiviti tersebut sebagai nadi utama pelancaran. Ia bukan sekadar untuk mencipta kelainan, tetapi untuk menunjukkan bagaimana telefon ini digunakan dalam situasi sebenar yang spontan dan penuh pergerakan.

Tetamu bukan hanya melihat demonstrasi, sebaliknya kami diberi peluang menggunakan OPPO Reno15 ketika menunggang kuda, sambil merakam gambar dan video sepanjang sesi berlangsung.

Bila Kamera Diuji Dalam Situasi Tak Dijangka

Menunggang kuda bukanlah aktiviti yang mesra kamera. Pergerakan yang tidak sekata, tangan yang mudah bergegar, dan subjek yang sentiasa bergerak selalunya menghasilkan gambar kabur.

Namun sepanjang sesi ini, rakaman yang diambil menggunakan OPPO Reno15 kekal stabil dan jelas. Dengan sokongan 4K HDR Ultra-Steady Video, pergerakan kuda tidak menjejaskan hasil rakaman, menjadikan momen yang dirakam masih kelihatan kemas dan selesa ditonton.

Ia memberi gambaran bagaimana telefon ini digunakan dalam kehidupan sebenar, tanpa perlu berhenti atau ‘pose’ semata-mata untuk mendapatkan gambar cantik.

Gambar Tetap Cantik Walaupun Diambil Ketika Bergerak

Selain video, gambar yang dirakam ketika sesi berkuda juga menunjukkan hasil yang konsisten. 200MP Ultra-Clear Main Camera membantu mengekalkan perincian gambar walaupun diambil dalam keadaan bergerak.

Sama ada gambar individu atau suasana sekitar, hasilnya boleh terus dikongsi tanpa perlu suntingan berlebihan. Sesuatu yang sememangnya menjadi keutamaan pengguna hari ini.

Aktiviti Lain Sebagai Sentuhan Tambahan

Selain berkuda, OPPO turut membawa tetamu mencuba beberapa aktiviti lain seperti HyFly, Gamuda Luge, dan Dinner in The Sky.

Aktiviti-aktiviti ini menjadi pelengkap kepada pelancaran, di mana kamera diuji dalam keadaan pergerakan laju, pencahayaan mencabar, serta latar belakang terbuka. Dalam semua situasi ini, hasil gambar dan video kekal konsisten dan sedap dipandang.

Swafoto Ramai-Ramai Tak Lagi Jadi Masalah

Untuk momen santai bersama rakan-rakan, 0.6x Ultra-Wide Selfie Camera memudahkan pengambilan gambar berkumpulan. Lebih ramai boleh dimuatkan dalam satu frame tanpa perlu berundur jauh atau mengulang gambar berkali-kali.

Ia sesuai dengan gaya hidup hari ini yang gemar merakam momen bersama, sama ada ketika bersantai atau menghadiri acara.

Tambah Kreativiti Dengan AI Motion Photo Popout

OPPO Reno15 turut hadir dengan ciri AI Motion Photo Popout, yang membolehkan visual kreatif dihasilkan terus dari telefon. Tanpa aplikasi tambahan, beberapa motion photos boleh digabungkan untuk menghasilkan kesan pop-out yang lebih hidup dan menarik.

Ciri ini sesuai untuk momen spontan yang mahu kelihatan lebih berbeza tanpa usaha yang rumit.

Harga Rasmi OPPO Reno15 Di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, OPPO mengesahkan harga berikut:

OPPO Reno15 Series bermula dari RM1,499
OPPO Reno15 Pro 5G ditawarkan pada harga RM2,999

Kedua-dua model kini sudah boleh didapati secara rasmi.

Peraduan Search & Win Meriahkan Minggu Pelancaran

Bagi menghangatkan lagi pelancaran siri OPPO terbaru, OPPO turut menganjurkan peraduan Search & Win yang berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan di platform Instagram dan Facebook Beautifulnara.

Peserta hanya perlu membuat carian “OPPO Reno15”, mengambil tangkap layar hasil carian dan menghantarnya untuk menyertai peraduan. Seorang pemenang bertuah telah dipilih dan dihubungi secara peribadi bagi urusan penyerahan hadiah.

Secara keseluruhan, pelancaran OPPO Reno15 tampil dengan pendekatan yang lebih santai dan dekat dengan gaya hidup sebenar.

Dengan menjadikan sesi berkuda sebagai pentas utama, OPPO memperlihatkan bagaimana telefon ini digunakan dalam momen sebenar, bukan sekadar melalui spesifikasi atas kertas.

Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Reno15 Series, layari laman rasmi OPPO Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...