OPPO Find X2 Series, Telefon Pintar Flagship Pertama Dari Oppo Yang Menjadi Pilihan Hanis Zalikha

Hiburan

OPPO Find X2 Series, Telefon Pintar Flagship Pertama Dari Oppo Yang Menjadi Pilihan Hanis Zalikha

Zaman kini, telefon pintar bukan hanya sebuah alat komunikasi semata-mata. Untuk segelintir pihak, ia adalah untuk membina silaturahim. Untuk yang lain pula, ia adalah untuk menyimpan segala memori agar sentiasa dekat di hati. Tidak ketinggalan, ada juga yang menjadikan telefon pintar untuk memperolehi pengalaman yang terbaik ketika bermain “game” dengan kelincahan jari mereka.

Oppo Find X2

Advertisement

Memenuhi segala kehendak, kemahuan dan keinginan para pengguna telefon pintar di luar sana adalah cita-cita dan tujuan OPPO. Penantian anda selama ini untuk memiliki sebuah telefon pintar yang mempunyai kesemua ciri-ciri idaman kini telah pun berakhir dengan kehadiran OPPO Find X2 Series 5G.

Oppo Find X2

Pelancaran rasmi OPPO Find X2 Series 5G

Ha, first thing first, anda mesti dah tak sabar dan teruja nak tahu lebih lanjut tentang telefon 5G yang merupakan telefon pintar flagship dari OPPO ini kan? Iyerlah, nak gak tahu apa yang best sangat sampai Hanis Zalikha pun syorkan telefon ini. Mesti ada something yang sangat-sangat special kan? Segala persoalan anda akan terjawab tidak lama lagi majlis perasmian OPPO Find X2 Series 5G di Malaysia bakal berlangsung pada 10 Mac ini tepat jam 12 petang.

Oppo x Hanis Zalikha

Majlis gilang gemilang ini boleh ditonton secara langsung menerusi YouTube dan Facebook OPPO Official Jangan sekadar tengok sahaja, anda juga digalakkan untuk berkongsi siaran langsung ini di Facebook untuk peluang memenangi sebuah satu OPPO FindX2 dan 12 pasang OPPO Enco Free (tertakluk syarat). Best kan?

Untuk memanaskan badan dan fikiran anda, hari ini kami nak kongsikan kehebatan dan kecanggihan OPPO Find X2 Series ini untuk menaikkan lagi keterujaan anda menanti hari pelancarannya kelak. Memang bukan calang-calang kehebatan OPPO Find X2 Series ini. Apa yang best sangat? Ha, jom kita ushar!

Sokongan pilihan dual 5G

Seperti yang kita tahu, tak lama lagi rakyat Malaysia boleh menikmati kelajuan Internet super duper pantas apabila 5G beroperasi sepenuhnya. Dengan Oppo Find X2 Series 5G ini , anda dah boleh bersiap sedia awal-awal. Ia hadir dengan kapasiti 5G dan juga teknologi Smart 5G yang memastikan penggunaan tenaga dioptimasikan tanpa menjejaskan pengalaman penggunaan. Dibina dalam komponen yang berbeza antara CPU dan 5G untuk mengurangkan tahap kepanasan ketika telefon sedang dugunakan. Setakat tengok video dan main game, memang laju sepantas kilat dengan gabungan pilihan dual 5G + 4G, yang memberikan lebih capaian berbanding telefon pintar lain.

Skrin pertama di dunia dengan 120Hz

OPPO Find X2 Series 5G adalah telefon pintar flagship pertama yang hadir dengan paparan skrin ultra high refresh rate setinggi 120Hz. Ia membolehkan anda menikmati pengalaman bermain game yang lebih lancar dengan visual yang lebih cantik dan sedap mata memandang. Untuk makluman, fungsi ini kebiasaannya ada pada televisyen sahaja, namun kini anda boleh menikmatinya di telefon pintar anda. Memang satu inovasi yang sangat-sangat AWESOME.

Lebih menarik, OPPO Find X2 Series 5G mempunyai sistem refresh rate yang sangat bijak dan akan secara automatik memilih resolusi skrin berdasarkan kehendak pemiliknya, sekaligus mengurangkan penggunaan bateri tanpa mengorbankan kepuasan anda melihat skrin. Senang cakap, lepas nie main game confirm akan lebih owning punyalah.

Dengan skrin sebesar 6.7 inci, resolusi QHD 3168×1440 dengan 513 ppi, OPPO Find X2 Series 5G membolehkan anda melihat apa sahaja di skrin anda dengan lebih jelas dan lebih baik walaupun di bawah pancaran cahaya matahari. Selain itu, paparan warna 10-bit telefon pintar ini mempaparkan 1,000,000,000 (1 billion) warna yang memberikan ketepatan pada setiap warna yang terpampang di skrinnya. Memang inilah pengalaman melihat skrin yang terbaik dan real yang anda boleh nikmati.

Kamera + Video

Tiga kamera 48MP

Tiga kamera 48MP

Oppo Find X2 Series 5G hadir dengan 3 kamera iaitu lensa utama 48MP Sony IMX689, lensa ultra-wide angle 48MP Sony IMX586 dan juga lensa telephoto 18MP. Setiap gambar yang anda ambil selepas ini akan mempunyai warna yang lebih tepat dan terang serta perubahan cahaya untuk kamera dan video adalah lebih semulajadi. Senang cakap, gambar Instagram akan confirm akan lebih berseri-seri dan memikat selepas memiliki telefon pintar terbaru dari OPPO ini.

Tiga kamera 48MP

Tiga kamera 48MP

60x Digital Zoom

60x Digital Zoom

Selain itu, kamera Oppo Find X2 Series 5G ini hadir dengan 10x hybrid zoom generasi kedua yang boleh di”digital zoom”kan sehingga 60x. Jangan risau bab kualiti kerana gambar anda tetap jelas, tepat dan mantap. Senang la nak tangkap gambar crush anda dari kejauhan selepas ini.

Ultra Night Mode 3.0

Dengan kehadiran pilihan Ultra Night Mode 3.0 di dalam kameranya, OPPO Find X2 Series 5G menjanjikan gambar yang sempurna dalam apa jua keadaan, walaupun tanpa kehadiran sumber cahaya yang mencukupi. Kehadiran lensa telephoto turut meningkatkan kualiti gambar yang diambil terutamanya pada waktu malam.

Oppo Find X2

tanpa Ultra Night Mode 3.0

Oppo Find X2

dengan Ultra Night Mode 3.0. Dasyat kan perbezaannya?

Ultra Steady Video 2.0

Menawarkan rakaman video sehingga 4k @ 30fps, Oppo Find X2 Series 5G menggunakan teknologi Hybrid image stabilization (HIS), integrated optical image stabilization (OIS) dan electronic image stabilization (EIS) di dalam pilihan Ultra Steady Video 2.0 yang menjanjikan kesemua video yang anda rakam adalah jelas, terang dan tiada “blur” walaupun ada pergerakan pantas. Mantap kan?

Soloop

Tak pandai nak edit video? Tak payah risau sebab di dalam Oppo Find X2 Series 5G ada sebuah penyunting video pintar (smart video editor) yang dikenali sebagai SOLOOP. Ia akan dengan bijaknya memilih template video dan memasukkan latarbelakang muzik berdasarkan lokasi, masa dan kandungan album anda.

Tidak dilupakan juga kesan efek khas seperti transisi dan filters. Dengan SOLOOP, anda boleh mencipta vlog sendiri dengan pantas dan mudah. Oppo Find X2 Series 5G memastikan proses rakaman dan suntingan semudah ABC, dengan fokus kepada prestasi terbaik, fungsi, kreativiti dan juga waktu merakam.  Dengan beberapa langkah mudah, sesiapa pun boleh menghasilkan video yang gempak. Femes ah anda lepas nie dengan video-video viral.

65W SuperVOOC 2.0

Dijana dengan bateri 4200mAh, Oppo Find X2 Series 5G turut dikuasakan dengan teknologi pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 yang mampu mengecas sehingga 60% dalam 15 minit sahaja. Jangan risau kerana teknologi ini telah diiktiraf paling selamat dan paling pantas di dalam industry. Mantap kan?

Bab kepantasan anda tak perlu risau kerana OPPO Find X2 Series ini dijana dengan cip terkini iaitu Qualcomm Snapdragon 865. Cip ini memastikan game anda dilancarkan dengan pantas, dapat menerima capaian Internet dengan lebih laju serta applikasi di dalamnya dibuka dengan sekelip mata. Senang cakap tak ada lagi erti tersangkut-sangkut, “lagging” atau lambat. Laju selaju selajunya!!

Acara jualan untuk OPPO Find X2 Series

Anda nak pegang dan cuba dulu OPPO Find X2 Series ini? Boleh tak ada masalah. Anda boleh tatap telefon pintar terkini dari OPPO ini sepuas-puasnya dengan menghadiri acara jualan yang bakal berlangsung pada 14 dan 21 Mac 2020 jam 3 petang di Pintu Utama, Pavilion KL.

Ha nampak tak macam-macam hadiah PERCUMA yang bakal menjadi milik anda sekiranya menghadiri acara jualan pertama OPPO Find X2 Series ini. Ada VOOC Powerbank (bernilai RM299), 1 tahun jaminan tambahan, 3 bulan pelindung skrin (bernilai RM299) dan OPPO Enco Free yang berharga RM499.

Fuh. Kira-kira balik dekat ribuan ringgit jugalah hadiah free yang bakal dibawa balik. Memang berbaloi sangat-sangat. Kalau tak dapat hadir, anda boleh melakukan pre-order seperti tarikh di bawah untuk tetap mendapat hadiah percuma:-

Pre-Order OPPO Find X2 – 6-13 Mac

Pre-Order OPPO Find X2 Pro – 6-20 Mac

Last but not least, buat mereka yang tinggal berjauhan dan tidak dapat hadir ke acara jualan pertama OPPO Find X2 Series di Kuala Lumpur, jangan risau sebab akan ada roadshow pada tarikh yang sama iaitu 14 Mac 2020 di bandar-bandar seluruh Malaysia. Sekiranya anda melakukan pre-order dan hadir ke roadshow seperti jadual di atas, maka anda akan membawa pulang hadiah PERCUMA bernilai RM1,027. Best kan?

Perbezaan antara OPPO Find X2 Pro dan OPPO Find X2

Specs OPPO Find X2 Pro OPPO Find X2
Screen 6.7 inch, panoramic screen with Gorilla Glass 6 6.6 inch, panoramic screen with Gorilla Glass 6
Color Black (Ceramic) and Orange (Vegan Leather) Bright Black and Dark Sea
Rear Camera Ultra Vision Camera System

48MP Wide Angle Camera + 48MP Ultra Wide Angle Camera + 13MP Periscope Telephoto Camera

Versatile Triple Camera System

48MP Wide Angle Camera + 12MP Ultra Wide Angle Camera + 13MP Telephoto Camera

Memory 12GB RAM + 512GB ROM 12GB RAM + 256GB ROM
Battery 4260mAh battery capacity 4200 mAh battery capacity
Front Camera 32MP
Charge 65W Super VOOC 2 .0

Pre-order sekarang jugak!

Ha dah teruja kan? Terasa nak beli terus kan Oppo Find X2 Series nie? Silalah pre order di SINI untuk OPPO Find X2 dan ke SINI untuk OPPO Find X2 Pro 5G hari ini jugak. Jangan lupa banyak hadiah-hadiah PERCUMA bernilai ribuan ringgit bakal menjadi milik anda sekiranya anda membeli telefon pintar terbaru OPPO ini. Pilih je sama ada nak yang OPPO FIND X2 atau OPPO Find X2 Pro. Kedua-duanya hebat dan mantap! Maklumat lanjut boleh layari OPPO Online Store dan OPPO Concept Store.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...