Tahukah anda semua teknologi Oppo tidak terhad kepada telefon pintar sahaja. Dimana anda sekarang boleh merasai sendiri pengalaman mengembara di hotel yang menawarkan teknologi 5G.
Kini, jika anda ke Australia, sebuah hotel di sana telah dikuasakan dengan teknologi 5G oleh Oppo. Oppo 5G Hotel adalah hotel yang bergerak dan akan bertukar-tukar destinasi di sekitar Autralia.
Hotel bergerak ini merupakan hotel Oppo pertama di Australia kerana ia padat dengan teknologi terkini dan memulakan destinasi pertama mereka ke Home of the Arts (HOTA) Gold Coast.
Dalam hotel ini ia turut menyertakan perkhidmatan permainan awan 5G, pengalaman menstrim video tanpa buffer, pelbagai variasi aplikasi realiti terimbuh dan juga cermin pintar.
Peranti yang menjayakan hotel ini adalah Oppo Reno 5G dan juga rangkaian 5G yang terdapat di sana.
Selain itu, untuk kawalan arahan suara, Oppo turut sertakan Google Home Hub untuk menggunakan Google Assistant.
Bagi anda yang berminat untuk menginap di hotel ini jika melawat Australia layarilah laman rasmi Oppo untuk mengetahui lebih lanjut.
Harga bilik untuk semalam di hotel ini adalah $150 untuk dua orang, iaitu sekitar RM622 sahaja.
Macam best je, agak-agak bila kita semua dapat merasai duduk di Oppo 5G Hotel ini ya?
Sumber: Oppo