Sedia maklum, pada 31 Ogos 2023, semalam, sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 disambut penuh meriah di Dataran Putrajaya dan perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat adalah segmen perarakan.
Seperti tahun lalu, kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendapat perhatian tetapi tahun ini, kontinjen Polis Di Raja Malaysia turut membuat hati wanita cair.
Salah seorangnya adalah anggota bernama Calvin Lee yang ketika menjadi bualan hangat di media sosial.
View this post on Instagram
Oleh kerana mempunyai wajah yang tampan, anngota yang dipercayai bertugas di jabatan Unit Tindakan Khas turut disamakan dengan lelaki Korea serta menggelarnya ‘oppa’.
Susulan menjadi perhatian, salah seorang rakannya memaklumkan Calvin masih single dan kerana itu membuatkan ramai wanita teruja.