“Operasi Hotel Mengalami Kenaikan Kos” – Kadar Penginapan Hotel Naik Jika Dasar Menginap 23 Jam Dilaksanakan

Travel

“Operasi Hotel Mengalami Kenaikan Kos” – Kadar Penginapan Hotel Naik Jika Dasar Menginap 23 Jam Dilaksanakan

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Datin Christina Toh berkata pelaksanaan dasar itu akan menyebabkan kos operasi lebih tinggi dan berkemungkinan menyebabkan kenaikan harga bilik.

Operasi hotel mengalami kenaikan kos dengan gaji minumum baharu ditetapkan berkuat kuasa pada Februari 2025.

Christina-Toh-11 (2)

Tekanan kewangan tambahan akan meningkatkan beban industri dan pengusaha hotel sedang bergelut dengan perkara ini.

Menurut Berita Harian, Christina berkata cadangan berkenaan dasar penginapan 23 jam itu tidak praktikal dan akan mewujudkan pelbagai cabaran untuk pengusaha hotel dan tetamu.

Pertambahan tempoh penginapan akan mendorong kepada kesukaran untuk mengekalkan kebersihan, keselamatan dan kualiti bilik kerana kekurangan tenaga kerja terutama di bahagian pengemasan.

Menurutnya lagi, masa ‘check in’ yang lazim di seluruh dunia ialah antara jam 2 hingga 3 petang manakala ‘check out’ antara 11 pagi ke 12 tengah hari.

Waktu itu penting untuk memberi masa mencukupi kepada pihak hotel untuk mengekalkan standard mereka.

Advertisement

Christina turut menambah, masalah kekurangan tenaga kerja ini perlu diselesaikan sepenuhnya sebelum melaksanakan dasar baharu yang boleh memburukkan operasi.

check in check out
2 months ago

“Saya Faham Hotel Mahu Jimat Kos Dan Raih Untung Banyak Tapi...” - Menteri Pelancongan Gesa Selaraskan Masa ‘Check In’ dan ‘Check Out’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...