Perkongsian pempengaruh dan usahawan, Aliff Awang atau Opai ketika memasak rendang untuk juadah sambutan Hari Raya Aidiladha semalam meraih perhatian netizen.
Menerusi TikTok, Opai telah menunjukkan daging wagyu gred A5 Miyazaki yang dibeli olehnya untuk dimasak rendang buat isteri dan keluarga.
Kata suami kepada Fatin Afeefa itu, dia berbelanja sebanyak RM4,000 untuk 4 kilogram daging berkenaan dan dia meluahkan rasa syukur atas rezeki dikurniakan ke atasnya.
Hantaran itu mendapat pelbagai respon di mana sesetengah netizen berpendapat Opai gemar menunjuk-nunjuk kekayaan dimilikinya.
Bagaimanapun, sesetengah individu akui terinspirasi daripada Opai untuk mencari rezeki lebih agar dapat menggembirakan isteri dan ibu bapa.