Pelakon antarabangsa, Olivia Wilde akhirnya bersikap terbuka tentang hubungannya dengan penyanyi Harry Styles.
Menurut laporan Daily Mail, Wilde mengakui berasa lebih bahagia ketika bercinta dengan Styles berbanding dengan bekas tunangnya, Jason Sudeikis.
Difahamkan, pelakon berusia 39 tahun itu mula berkenalan dengan Styles ketika mereka berdua menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang kenalan mereka pada Januari lalu.
Saya berasa lebih gembira dan bahagia apabila bersama dengan Styles.
Pasangan kekasih ini kemudiannya dilihat menghabiskan masa bersama-sama di Santa Barbara, California, Amerika Syarikat.
Selepas menjalinkan hubungan cinta dengannya, saya tidak perlu lagi memikirkan tentang orang lain.
Terdahulu, Wilde pernah mengikat tali pertunangan dengan Sudeikis yang juga merupakan seorang pelakon selepas menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun.
Baca: Sibuk Dengan Kerja, Hubungan Dua Lipa Dan Anwar Hadid Dilanda Krisis