February 10th, 2016

Filem OlaBola nampaknya semakin mendapat perhatian penonton apabila berjaya mengutip RM8 juta selepas 13 hari ditayangkan di 126 buah pawagam seluruh Malaysia dan juga Brunei.

OlaBola adalah karya arahan Chiu Keng Guan yang sebelum ini turut mengarahkan filem box-office The Journey.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen yang masing-masing mempunyai bakat lakonan yang baik serta  “menghidupkan” lagi watak mereka didalam filem tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial yang sudah menonton filem OlaBola juga memberikan komen positif tentang filem ini dan sekaligus menarik minat mereka yang belum sempat untuk menontonnya di pawagam.

Berlatarkan penghujung era 1970-an, filem Ola Bola berdurasi 1 jam 51 minit ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Woohoo Pictures.

Ia diilhamkan daripada kisah benar dan menceritakan mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara.

Satu pencapaian yang agak membanggakan buat filem berunsurkan kesukanan yang jarang sekali dihasilkan untuk ke layar perak.


Comments are closed.

Loading...