Filem OlaBola nampaknya terus mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan  box office RM 12 juta selepas 18 hari ditayangkan di pawagam.
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan, walaupun sudah 3 minggu ditayangkan sejak 28 Januari lalu, jumlah penonton semakin meningkat dan jualan tiket boleh dikatakan agak memberangsangkan.
Filem OlaBola juga masih mengungguli carta top 10 Golden Screen Cinema (GSC) semenjak filem ini ditayangkan.
Berlatarbelakangkan era 1980-an, OlaBola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan. Ia adalah kisah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar.
OlaBola diarahkan oleh Chiu Keng Guan dan dilakonkan oleh Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen.