Oktovia Manrose Punca Ayda Jebat Dan Redza Rosli Putus Cinta?

Hiburan

Oktovia Manrose Punca Ayda Jebat Dan Redza Rosli Putus Cinta?

Meskipun tidak pernah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi, ramai yang tahu pelakon Ayda Jebat dan Redza Rosli cukup mesra bersama seperti pasangan bercinta.

Advertisement

Namun, baru-baru ini ada yang mendakwa mereka sudah putus cinta dan nama pelakon Oktovia Manrose pula dikaitkan sebagai punca hubungan Ayda dan Redza tidak kesampaian.

Sedar pelbagai spekulasi mula tercetus, Ayda bagaimanapun engga memberikan komen mengenai penglibatan Oktovia dalam perhubungannya bersama Redza. Ayda tidak menidakkan mahupun mengiyakan tentang perkara itu.

Sebenarnya saya terkejut juga ada kenyataan yang sebegitu. Tiba-tiba sahaja mengaitkan nama Oktovia dalam perkara ini. Bagi saya, tidak perlu kaitkan orang lain kerana ini antara saya dan pihak di sebelah sana.

Kalau tiba-tiba timbul itu mungkin adalah puncanya dan saya tidak mahu cakap apa-apa sebab ia tiada kaitan langsung dengan saya. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiayakan.

Menurut Ayda, tiada istilah putus cinta diantara beliau dan Redza kerana mereka hanya berkawan rapat.

Ini bukan kali pertama nama Oktovia dihimpit kontroversi sebagai orang ketiga. Terdahulu, nama Oktovia hangat dipertakan apabila dikaitkan menjalin hubungan dengan Aliff Aziz ketika lelaki itu masih bergelar suami kepada Bella Astillah. Ada yang pernah nampak mereka berdua-duaan serta mesra berpegangan tangan di sebuah pasaranya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...