Oktovia Manrose Kesal Dituduh Mabuk, Nafi Ada Hubungan Dengan Aliff Aziz

Hiburan

Oktovia Manrose Kesal Dituduh Mabuk, Nafi Ada Hubungan Dengan Aliff Aziz

Perosak rumah tangga orang lain dan pelbagai lagi kecaman dilemparkan netizen kepada pelakon baru, Oktovia Manrose selepas dikaitkan dengan kontroversi Aliff Aziz curang buat kali kedua.

Advertisement

Bagaimanapun, Oktovia tampil mempertahankan dirinya dan menyangkal dakwaan beliau ada hubungan dengan Aliff. Mereka tidak berdua-duaan di kelab malam dan pada masa yang sama, Oktovia juga menegaskan beliau tidak mabuk.

Kami bukan hanya berdua, ada yang teman untuk mengelakkkan difitnah. Saya tak suka orang buat tambah-tambah cerita macam ini. Jaga sikit muka. Alif dengan saya keluar sebagai kawan dan tiada apa yang serius di antara kami.

Apa bukti yang mengatakan saya mabuk? Mulut manusia memang busuk tak pernah nak kalah,satu cawan air langsung tak pegang.

Satu demi satu kenyataan yang keluar daripada pihak Oktovia dan juga Bella Astillah, namun Aliff sehingga kini masih berdiam diri mengenai kontroversi hangat ini. Kita tunggu pula versi cerita dan penjelasan daripada Aliff pula nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Mak Cik Puaka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...