Oktovia Manrose Anggap ‘Kisah Silam’ Dengan Aliff Aziz Sebagai Memalukan – “Mungkin Dia Masih Belum Belajar Kesilapan Lalu”

Hiburan

Oktovia Manrose Anggap ‘Kisah Silam’ Dengan Aliff Aziz Sebagai Memalukan – “Mungkin Dia Masih Belum Belajar Kesilapan Lalu”

Pelakon Oktovia Manrose tampil memberi kenyataan setelah namanya kembali meniti di bibir netizen gara-gara isu khalwat yang berlaku di antara Aliff Aziz dan juga Ruhainies baru-baru ini.

Dia yang sebelum ini didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan aktor itu sekitar tahun 2019 berkata bahawa dia tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan gosip tersebut kerana ia adalah kisah silamnya.

Advertisement

Ujarnya lagi, kontroversi itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan dan berasa malu apabila mengenang kembali perkara tersebut.

Past is past, teruskan hidup. Perkara itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan pun sebenarnya.

Memang saya malu pernah terpalit dengan kontroversi itu tapi tak perlu nak melatah.

Jelas Oktovia, setiap orang mempunyai ujian hidup masing-masing dan enggan memberikan komen berlebihan kerana ia adalah urusan Allah S.W.T.

Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab kita bercakap pasal hidayah dan perubahan seseorang. Masing-masing ada ujian tersendiri, mungkin Aliff masih diuji dan belum belajar dari kesilapan lalu.

Oktovia juga menitipkan doa buat Aliff dan isterinya, Bella Astillah agar dipermudahkan urusan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hannah Delisha
9 months ago

"Jumpa Di Syurga Nanti Sayang" - Hannah Delisha Kongsi Berita Keguguran Anak Pertama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...