“Oktober? Bukan..” – Erra Fazira Janji Akan Umum Bila Kahwin Jika Sudah ‘Lock’ Tarikh

Hiburan

“Oktober? Bukan..” – Erra Fazira Janji Akan Umum Bila Kahwin Jika Sudah ‘Lock’ Tarikh

Pelakon jelita, Erra Fazira menafikan dakwaan kononnya dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama usahawan, Ezwan Zain pada bulan Oktober ini.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, setakat ini masih belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana kedua-dua belah keluarga juga belum berbincang secara serius.

Advertisement

Saya tak boleh nak cakap ada atau tidak sebab tak adil. Malah keluarga saya sendiri pun belum tahu, begitu juga dengan pihak dia.

Kalau ada orang yang kata ia menuju ke arah itu, saya rasa ia lebih kepada angan-angan bersama sahaja.

Kalau saya cakap ‘ya, kami sedang merancang’, nanti kecil hati pula orang di rumah sebab belum sampai ke tahap itu.

Ditanya sama ada dia akan berkongsi tarikh majlis sekiranya sudah diputuskan, Erra mengakui dia lebih selesa untuk bersikap privasi.

Kalau dah lock tarikh nanti, tak adalah saya nak war-warkan besar-besaran. Siapa yang tahu, tahulah. Saya rasa benda itu biarlah orang-orang muda yang rasa, bukan saya lagi.

Terdahulu, tular klip video memperlihatkan Erra muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan. Walaupun bukan kali pertama mereka berdua tampil bersama, kesudian Erra mempromosikan kafe milik Ezwan menimbulkan tanda tanya mengenai status hubungan mereka.

(VIDEO) Erra Fazira ‘Merajuk’, Mr. E Tersenyum ‘Mahu’ Teman Wanita Lain – “Senyum?!! Senyum Ehhh!!!”

Erra bagaimanapun mengakui, keterbukaannya berkongsi soal keakraban itu hadir seiring dengan faktor kematangan. Malah, awal tahun ini namanya kembali menjadi bualan selepas memuat naik ucapan berbaur romantis di media sosial.

Tawaran Tajaan Perkahwinan

Mengulas khabar angin mengenai pihak tertentu yang mahu menaja perkahwinannya, Erra tidak menafikan perkara itu namun menegaskan belum ada keputusan dibuat.

Memang ada orang approach nak menaja. Saya ambil maklum saja. Bila tiba masa kami betul-betul bersedia, ada tarikh, keluarga dah lock, barulah saya akan hubungi mereka semula.

Buat masa ini, keluarga hanya tahu saya berkawan tetapi belum sampai ke tahap bincang pasal tarikh atau adat-adat lain.

Tak dinafikan hubungan saya dengan dia semakin positif, tapi nak sampai tahap tarikh kahwin itu, belum lagi.

Pilih Majlis Ringkas & Bermakna

Tambah Erra, sekiranya ada jodoh, dia tidak berhasrat mengadakan majlis besar-besaran sebaliknya lebih memilih konsep sederhana dan intim.

Saya terbuka saja. Kalau keluarga setuju tahun ini, saya ikut sahaja. Kami pun bukan nak buat majlis besar-besaran. Cukuplah yang sederhana tetapi meriah dan bermakna.

Saya dah lalui semua itu, dia pun sama. Jadi kali ini kami nak yang ringkas dan chill sahaja. Apa yang lebih penting ialah kehidupan selepas itu, bukan majlisnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bekas suami siti saerah
2025-09-23 11:25:29

"Saya Tak Marah Siti Saerah, Tapi Jangan Kerah Amad Sampai Lembik" - Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...