Sedia maklum, ketika ini selebriti, Bella Astillah dan anak-anaknya menemani ahli Parlimen Muar itu ke Perancis susulan menemani YB Syed Saddiq menyertai Ironman Dunia 2025 di sana.
Biarpun sibuk dengan pertandingan tersebut, YB Syed Saddiq tidak lupa membuat live di TikTok untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai dirinya.
Namun begitu, di platform TikTok, tular satu klip potongan daripada live TikTok ahli Parlimen tersebut yang telah menarik perhatian ramai susulan beliau dikatakan tersasul memanggil Bella dengan gelaran ‘sayang’.
Perkara tersebut sememangnya membuatkan peminat BASS berasa teruja, malah berasa yakin kali ini Syed Saddiq memanggil pelakon berkenaan dengan gelaran manja.
Disebabkan perkara tersebut, peminat mula berangan-angan bahawa pasangan berkenaan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Tetapi, dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang menafikan perkara tersebut dan merasakan Syed Saddiq menyebut perkataan ‘so yeah’, bukannya ‘sayang’.