“Ok Dah Mula Terkeluar..” – Pakai Tudung Nampak Rambut, Netizen Tegur Penampilan Fathia Latiff

Hiburan

“Ok Dah Mula Terkeluar..” – Pakai Tudung Nampak Rambut, Netizen Tegur Penampilan Fathia Latiff

Pelakon, Fathia Latiff telah memuat naik hantaran di laman Instagram memaparkan beberapa keping gambar dirinya bersama rakan-rakan, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff dilihat meluangkan masa bersama rakan-rakanya di sebuah restoran mewah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah penampilan pelakon berusia 35 tahun itu yang memakai selendang dan baju berwarna hitam bersama seluar jeans berwarna biru.

Meninjau di ruangan komen, seorang pengguna Instagram telah menegur cara Fathia memakai selendang tersebut kerana menampakkan sebahagian rambutnya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang meminta pelakon yang popular menerusi watak Ariana Rose itu untuk menjadi dirinya yang dahulu.

Sehingga kini, Fathia dilihat tidak memberikan sebarang respon terhadap komen tersebut dan memilih untuk berdiam diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuhada menangis
12 months ago

"Bukan Nak Cari Salah & Buka Aib Sesiapa.." - Shuhada Kongsi Isi Hati, Menangis Hilang Anak Ketiga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...