Dalam beberapa hantaran di Instagram Stories, ibu Anna menjelaskan bahawa apa yang berlaku berbeza daripada cerita yang tular.
Menurutnya, peguam tersebut hadir kerana dipanggil oleh Anna untuk mengeluarkan Anna dari kereta, bukannya datang untuk memaksa ibu keluar seperti yang didakwa.
Ibu Anna turut memuat naik video menunjukkan Anna keluar daripada kereta diiringi peguamnya. Tak lama selepas itu, bunyi kereta telah dikunci di mana kunci bersama Anna.
Katanya, ini menjawab persoalan netizen yang bertanya kenapa beliau tidak membuka tingkap ketika kejadian.
Beliau juga mempersoalkan dakwaan kononnya mereka trauma atau histeria ketika kejadian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.