March 21st, 2011

irma hasmie

Memang terbaik dari ladang betul Irma Hasmie sejak bertudung ini. Bukan sahaja daripada segi penampilan tetapi juga dari segi kata-katanya. Nampak sangat berhemah dan sangat bijak. Abang Nara LIKE sangat-sangat. Untuk pengetahuan semua, sudah hampir 3 minggu Irma Hasmie bertudung sejak pulang daripada umrah. Tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan.

Makin bertambah respek Abang Nara terhadap Irma selepas mendengar kata-katanya ini:-

Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang.

irma hasmie

Dan Irma sangat-sangat terharu kepada peminat-peminatnya yang menyokong perubahan dirinya.

Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya. Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama. Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita

Wajarkah Abang Nara menjadikan Irma Hasmie sebagai artis idola BeautifulNara untuk tahun 2011? Apa pandangan korang? Sumber berita Mstar.


Comments are closed.

Loading...