Ogy Ahmad Daud Kritik Penyokong Jerit Luar Mahkamah, Malu Satu Dunia Tengok Tiada Adab

Hiburan

Ogy Ahmad Daud Kritik Penyokong Jerit Luar Mahkamah, Malu Satu Dunia Tengok Tiada Adab

Pelakon senior, Ogy Ahmad Daud meluahkan rasa bengang dan malu dengan tindakan penyokong Datuk Seri Najib Razak yang menjerit serta menimbulkan kekecohan di perkarangan mahkamah pada hari perbicaraan kes bekas PM itu.

Advertisement

Penyokong berkenaan yang antaranya juga adalah seorang pelakon hanya bikin malu apabila melaungkan “Hidup Melayu” tetapi hakikatnya tidak mempraktikkan adab sebagai orang Melayu.

Provokasi yang dilakukan hanyalah mengikut emosi semata-mata sehingga Peguam Negara, Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan yang agak pedas terhadap penyokong yang sikapnya ibarat orang tidak bertamadun.

Terdahulu, penyokong mula mencetuskan kekecohan apabila mendesak Peguam Negara untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam perbicaraan dan sidang media.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...