‘Offer’ Servis Urut Badan Percuma, Jurusolek Ditahan Disyaki Hisap Kemaluan Pelakon Lelaki

Kehidupan

‘Offer’ Servis Urut Badan Percuma, Jurusolek Ditahan Disyaki Hisap Kemaluan Pelakon Lelaki

Seorang jurusolek lelaki direman selama tujuh hari selepas disyaki melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelakon lelaki di salon rambut miliknya di Melaka pada Jumaat lalu.

Suspek berusia 41 tahun itu direman sehingga 26 Januari dan menurut Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi, siasatan dijalankan di bawah 377C Kanun Keseksaan (KK) iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii.

Advertisement

Kejadian itu berlaku ketika pelakon sambilan berkenaan ke salon rambut suspek yang terletak di Ayer Keroh kira-kira jam 3 petang dan dia ditawarkan perkhidmatan secara percuma oleh suspek.

Selesai dandanan rambut, suspek menawarkan servis baru iaitu urutan badan dan pengadu bersetuju memandangkan telah lama mengenali suspek.

lelaki sedang diurut

Gambar hiasan

Tambah Md Nazri, ketika suspek sedang mengurut bahagian paha pelakon itu, tiba-tiba jurusolek berkenaan telah menghidap kemaluan pengadu sambil memegang pahanya dengan kuat.

Pengadu berasa amat terkejut dan selepas selesai urutan pengadu terus keluar dari salon dan mengambil masa bertenang sebelum membuat repot polis di Balai Polis Ayer Keroh, Sabtu lalu.

Sepasukan polis dari Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kemudian menangkap suspek di hadapan premis, di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh Melaka kira-kira jam 4.30 petang semalam.

jurusolek disyaki hisap kemaluan pelakon

Md Nazri juga menambah pelakon itu masih bujang dan merupakan pelajar tahun pertama di sebuah kolej kemahiran di Bangi.

Dia juga bekerja sambilan sebagai pelakon kebudayaan di ibu negara serta pelakon drama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelakon lelaki tipu pelaburan
2 months ago

Pengurus Artis Dakwa Diperdaya Pelakon Lelaki Untuk Melabur Hingga Kerugian RM30,000 - "Ramai Lagi Mangsa Terpedaya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...