Di laman Instagram pendakwah bebas, Firdaus Wong, dia ada memuat naik satu hantaran menyindir tanpa sebut nama mana-mana pihak yang membuatkan netizen tertanya-tanya.
Dalam status tersebut, Firdaus Wong atau nama sebenarnya, Firdaus Wong Wai Hung mencabar individu yang dipercayai merupakan golongan alim agama bersemuka terus dengan ahli keluarga mangsa gangguan seksual jika betul tidak bersalah atas segala tuduhan yang dilemparkan.
View this post on Instagram
Offer duit kepada ahli keluarga mangsa untuk mangsa tarik balik laporan? Dah takut ke?
Tidak tertinggal, seorang lagi aktivis kemanusiaan iaitu Caprice turut menyambung sindiran pendakwah bebas itu dengan menyuruh Firdaus Wong bersabar kerana di dunia, duit memang segala-galanya.
Sebelum ini, seorang wanita dari Indonesia iaitu Mondy membuat pendedahan bahawa dirinya berdepan dengan gangguan seksual yang dilakukan oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew.