Bila bercakap mengenai wanita, pasti terbayang di minda akan kelembutan, keayuan dan kesopanan mereka. Jadi, tidak hairanlah jika para wanita sukakan keindahan warna yang lembut kerana ia melambangkan personaliti mereka.
Namun, tidak semua wanita bersifat lembut tapi mereka lebih suka akan warna yang pastel dan lembut.
Wanita yang dikenali sebagai Maria Alison, 29 bercerita mengenai kisahnya dan pasangan yang terlalu minat dan obses dengan warna pink sehingga mengubah rumah yang dibeli pada tahun 2019 dengan warna itu.
Lebih menarik, tunangnya, Aaron Mordey, 30 turut memiliki motosikal berwarna pink.
“Ia perkara yang aneh. Saya seorang wanita yang kasar. Saya suka kereta. Saya tak suka benda-benda yang menjadi minat wanita lain”.
“Tapi tak tahu kenapa saya suka warna pink. Saya ada almari baju yang khusus untuk pakaian warna pink sahaja”.
Menurut Maria, rumah itu sebelumnya dicat dengan warna kelabu sebelum dia mengambil keputusan untuk berpindah bersama pasangan pada dua tahun lalu.