Obses Cuci Muka Banyak Kali Sehari Untuk Elak Diserang Wabak? 4 Sebab Kenapa Tindakan Ini Salah

Hiburan

Obses Cuci Muka Banyak Kali Sehari Untuk Elak Diserang Wabak? 4 Sebab Kenapa Tindakan Ini Salah

Tak sangka 2020 merupakan tahun yang melelahkan buat kita. Ingatkan betul lah dah ada kereta terbang menghiasi langit tapi lain pula cerita apabila semua umat manusia kini hidup dalam ketakutan dek jelmaan ‘raksasa’ COVID-19. Nak keluar rumah pun rasa tak tenang sebab takut nak berkumpul di tempat ramai. Uihhh seram!

Disebabkan oleh pelbagai penyakit yang kian mengganas, kita dah diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan dengan ‘tip-top’. Memang bagus kalau anda peka dan ambil serius mengenai segala langkah pencegahan untuk #StaySafe tapi jangan terlalu obses sangat. Dek paranoid, anda beria menyental badan dan wajah hampir 10 kali sehari. Pendek kata, asyik keluar masuk bilik mandi sampai orang pun garu kepala tengok pe’el serabut anda.

Advertisement

Bukan nak menakutkan tapi sekadar peringatan bahawa mencuci wajah secara kerap bukannya melindungi anda bahkan akan membuatkan kulit semakin teruk dan meragam.

Ucapkan selamat tinggal kepada lapisan pelindung wajah

A person wearing a hat Description automatically generated

Syok sangat sental muka berkali-kali sehari sebab rasa macam dah menang lawan dengan wabak tapi dalam diam anda sebenarnya dah hapuskan lapisan minyak muka yang patut bertindak sebagai pelindung kepada kulit wajah. Nampak remeh tapi lapisan ini adalah perisai yang paling penting untuk menjaga anda daripada anasir jahat.

Kulit kering seperti padang pasir

A person looking at the camera Description automatically generated

Kulit anda mampu kekal sihat dan bersinar kerana bantuan daripada lapisan pelindung wajah tahu. Tapi disebabkan obsesi anda mencuci muka, ia menyebabkan kulit wajah menjadi kering seperti padang pasir. Bukan sahaja nampak kusam bahkan wajah anda akan mula bertompok. Sampaikan keliru adakah ini wajah anda atau pun sebenarnya kertas pasir, kesat!

Gatal yang menyeksakan 24/7

A person looking at the camera Description automatically generated

Kering tu satu hal tapi jangan menggelabah kalau kulit anda berasa gatal yang teramat sangat. Bila dah kering dan bertompok, pasti kegatalan pun turut akan hadir sebagai pakej lengkap. Malahan, kulit wajah anda juga mungkin akan menjadi kemerahan tahu. Jangan jerit tengok cermin sudahlah nanti.

Jemputan rasmi buat jerawat

A picture containing person, clothing, person, sitting Description automatically generated

Bila lapisan pelindung kulit wajah dah hilang tanpa khabar berita, musuh paling ditakuti oleh wanita pun mula bersiap sedia untuk menyerang. Jerawat menganggap kulit yang terdedah itu sebagai jemputan rasmi buatnya bertapak dan bina ‘kubu’. Geng jerawat ini mungkin gembira menjumpai rumah baru tapi tidak bagi anda yang langsung tak keluar rumah kerana malu nak tayang wajah bermasalah itu.

Pastikan kulit wajah anda #StayHealthy dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang lembut

Boleh sebenarnya sekiranya anda mahu mencuci muka berulang kali bagi memastikan penjagaan maksimum diri daripada dijangkiti virus menakutkan. Tapi kebanyakan produk boleh menjejaskan kulit wajah dek kandungan kimia yang kuat jika digunakan berulang kali. Bawa bertenang kerana Cetaphil Gentle Skin Cleanser hadir sebagai pencuci muka yang sesuai diaplikasikan tanpa mengira waktu dan kekerapan penggunaannya!

Disebabkan oleh teksturnya yang lembut, ia tak akan memudaratkan kulit wajah anda langsung. Bahkan Cetaphil Gentle Skin Cleanser sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah yang berminyak, kering, kombinasi, sensitif dan senang berjerawat. Sangat praktikal untuk semua wanita yang mementingkan #HealthySkin dan #SelfCare yang berkesan.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser juga membekalkan kelembapan yang ngam-ngam pada kulit anda setiap kali digunakan. Lapisan pelindung wajah confirm tak akan terhakis bahkan makin selamat dek sumber hidrasi secukupnya dan membuatkan anda nampak gebu sepanjang waktu.

Punyalah hebat penangan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini sehinggakan 99% daripada wanita bersetuju bahawa pencuci muka ini membersihkan kulit secara lembut dan turut melembapkannya. Hebat kan? Tak cukup dengan itu, sifatnya yang bebas sabun dan pewangi menjauhkan kulit anda daripada masalah iritasi dan dalam masa yang sama turut menyeimbangkan pH pada permukaannya.

C:\Users\steron.siow\Downloads\DSC02999.jpgDapatkan Cetaphil Gentle Skin Cleanser Pada Promosi Julai Watsons

Bagi peminat setia produk Cetaphil atau pun yang sudah teruja untuk menukar kepada produk penjagaan diri yang baru, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan pelbagai produk Cetaphil dengan harga yang murah sangat.

PROMO 1: Super Deals

Cepat-cepat dapatkan berbagai jenis produk penjagaan diri Cetaphil! Serbu ke cawangan Watsons yang terdekat untuk miliki produk Cetaphil dengan diskaun sehingga 25% bermula 23 Jun sehingga 20 Julai ini bagi pelanggan daripada semenanjung Malaysia. Jangan merajuk dahulu pengguna Cetaphil daripada Sabah & Sarawak kerana promosi untuk anda bermula daripada 30 Jun sehingga 27 Julai nanti.

Malas nak keluar? Tidak mengapa! Anda juga boleh layari laman web rasmi Watsons untuk mendapatkan pelbagai rangkaian produk Cetaphil sambil menikmati diskaun hebat ini.

C:\Users\steron.siow\Downloads\DSC02890.jpg

PROMO 2: Dapatkan beg kanvas bernilai RM25 secara percuma

Disebabkan kini anda digalakkan untuk menggunakan beg kanvas bagi mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar, ini adalah peluang terbaik buat kesemua pembeli Cetaphil bagi mendapat beg kanvas bernilai RM25 dengan percuma sahaja. Caranya mudah sahaja, singgah cawangan Watsons ataupun lawat laman web rasmi Watsons dan beli dua botol Cetaphil Gentle Skin Cleanser 500ml.

Tapi ingat promosi ini hanya berlangsung sepanjang bulan Julai sahaja, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

C:\Users\steron.siow\Downloads\DSC02992.jpg

PROMO 3: Ekstra 5% diskaun bagi ahli Watsons

Perhatian kepada pemegang kad keahlian Watsons, masa anda untuk shopping sakan produk Cetaphil dengan harga yang murah sudah tiba. Beli sahaja mana-mana produk penjagaan diri Cetaphil dan anda layak untuk menerima diskaun tambahan sebanyak 5%. Nak beli dekat cawangan Watsons terus pun boleh, nak beli secara atas talian melalui laman web Watsons pun boleh. Bestnya! Pantas bergerak sebab promosi ini berlangsung daripada 27 Julai sehingga 2 Ogos sahaja.

C:\Users\steron.siow\Downloads\DSC03021.jpg

Bukan biasa-biasa tahu produk Cetaphil ini sebabnya pelakon popular iaitu Lisa Surihani sendiri dah mengakui keberkesanan Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang dah digunakannya sejak mengandung anak kedua lagi. Produk ini memang sangat boleh dipercayai kerana sudah pun diuji oleh pakar dermatologi serta terbukti sesuai digunakan pada wajah dan juga bahagian badan yang lain. Jadi, buang rasa ragu-ragu anda!

Jangan buang masa lagi dan dapatkan kesemua produk Cetaphil seperti Gentle Skin Cleanser ini dengan harga berpatutan semasa Promosi Julai Watsons yang kini sedang berlangsung.

C:\Users\steron.siow\Downloads\DSC03011.jpg Cawangan Watsons jauh dan tak nak bersesak dengan ramai orang sampai tak terjaga penjarakan sosial? Gunakan peluang ini untuk #StayHome dan elak virus jahat dengan membeli pelbagai produk Cetaphil secara atas talian menerusi laman web rasmi Watsons . Mudah sahaja!

Ayuh miliki pelbagai produk Cetaphil menerusi Promosi Watsons Julai!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...